Oct 15, 2010

fikir itu satu doa

Salam semua...


"Jika kau fikirkan kau boleh, kau hampir boleh melakukan, 
jika kau fikirkan kau busuk, owh itu aku dah tau"

Owh aku tau korang semua tahu lagu tu kan, melainkan lirik dia yang last tue.. Btw, lagu tu tak penting ... 'penting kot'.. dalm entri ini... sbb apa yang aku nak bagitau kat korang... Suatu MAINAN MINDA... Cheh3... cam terror lak bab psychology.. ok, back to the business , pagi tadi aku layan jap cerita Anjakan Pardigma kat  Astro Oasis, Malangnya(sebenarnya), cerita tu dah nak abis... Last2 tu, Dato Dr Fadzilah Come To Me bagi quote yang aku rasa boleh digunapakai oleh semua termasuk aku.. which is,




"Fikir itu satu doa"

Fkir terbahagi kpada dua, fikir baik dan tak baik... Kalau anda berfikiran baik alhmadulillah.. tetapi kalau fikiran tak baik plak... ni nak sambung cerita ni...Fikiran tak baik, akan melibatkan dua subjek iaitu berfikir atas oranglain dan juga diri sendiri.Fikir tak baik atas orang lain , nauzubillah lah kan... mintak2 taklah korang Dan aku taknak cerita pasal pikir pelik sal orang lain sbb ak rasa sanagat perlu untuk berfikir positif untuk diri sendiri. For those who have low self esteem like me, let us shine together...

Aku secara fizikalnya memang jenis jejaka-yang-tak-patut-dipandang aku punya mental plak, suka sangat terikut-ikut apa yang orang kata... Contohlah, polan A bagitau aku busuk.. Aku akan tanya orang lain... ea ke aku busuk sambil kongsikan bau aku dengan yg lain... then polan B plak bgtau, ko buruk lah, muka macam kangaroo, aku pun pergilah tandas nak tgok tang mana muka aku cam kangaroo, pastu tanya kawan2, muka aku macam kangaaroo betul ke? pastu  polan C plak bgtau aku, ko dressing cam gay? then aku pergilah tanya kawan2 aku betul ke aku  dressing cam gay.. kalo aku gay..come on try me... wtf!..Then apa yang mereka telah analogikan aku , akan berterbangan dalam otak aku...Akulah KANGAYROO YG BUSUK! lebih kurang macam tulah pengaruh ayat haramjadah orang lain terhadap aku...

Tapi itu sudah lama berlalu, sebab aku dah pandai defense diri sendiri, hahhahah! kalo orang cakap aku kangaroo , aku cakap .. taklah, aku Shreklah.. pastu kalau diorang komen pasal pakaian aku macam u re look so gay? takpelah, aku bet ko tak mapu beli dan tak mampu pakai.. hahhaha.. kalo orang cakap aku busuk, aku tak berani nak cakap sbb, aku tahu Tuhan bagi dia kadar kebusukan yang lagi tinggi... Der, bau sendirik hati kau!

Tengok , macamana aku reflekkan bnda yang negative to positive, it is about our own mentality, you are what you are thinking... Macam aku aku fikir sesuatu yang aku nak capai suatu masa kelak, hidup cuma sekali, banyak kot benda kita nak capai.. you think toward what you want... then , bila ada peluang, grab and apply.. kalau kalian orang yang berjaya memungkinkan semua kebarangkalian tentang kalian dalam hidup... kalian orang yang berjaya di mata kalian...mata orang lain... persetankan mereka kalau diorang memang dengki...

Fikir...aku nak jadi Ultraman, aku nak jadi Ultraman, aku nak jadi ultraman, Insyaallah, anda akan jadi Pengerusi Tenaga Nasional Berhad... 

Setakat itu sahaja perkongsian hari ini... Semoga bertemu lagi.. Salam...

cakapkecil:i wast just wondering if you will be mine... would you be mine?

Oct 13, 2010

Rasa bodoh ini...

Untuk kesekian kalinya aku rasa apa yang aku buat macam tolak dinding bangunan istana... Macam menunggu bulan jadik matahari... macam cuba menangkap angin untuk digunakan pada masa panas kelak..menyuluhkan cahaya masa waktu tengah hari... menangkap cahaya siang untu digunakan pada waktu malam...memasak megi menggunakan api lighter..memusingkan kipas menggunakan angin mulut... melukis kat udara... mencabut pokok besar kat depan rumah... menolak bas kilang kat depan rumah.... menikam air laut biar putus... menghirup angin supaya cepat kenyang.... 





ko tau tak apa maksudnya yang aku maksudkan?




Untuk keskian kalinya apa yang aku buat aku rasa SIA-SIA..




kalau taknak layan aku macam orang yang kau kenal pun...
layan aku macam manusia... manusia! 

Oct 11, 2010

berlalu sahaja

dan masa itu berlalu sahaja...

membiarkan rasa indah tergantung bagai cita yang melangit..

yang hadir hanya rasa sedih, resah... dan mereka bisa bercampur...


danmenjadikan aku gusar.. dalam duduk dan diriku...

yang jadi aku lelap dalam sedarku...

yang jadi aku bungkang dalam lelapku...

simbahkan sahaja aku dengan air paling sejuk...

biar rasa mati ini...

hilang sampai temulang hitamku...

itu adalah engkau... yang mengembalikan rasa indah itu...

ketika masa itu berlalu sahaja...

Oct 6, 2010

bila dia sedar anda bertenaga negatif

Salam...

Aku pada dasarnya, tak suka keluar ramai2... Yap, the more the merrier, tapi kalo ramai sangat, banyak kepala yang nak nak diikut..Dan banyak hati yang kena jaga... Betulkan, setiap  individu mahukan kemahuna mereka dicapai... Kalau hak dan prinsip mereka tak dicapai... mula lah, masam muka... aku pun macam tu... Tapi takdelah samapai nak emo sepanjang masa.. Dan satu lagi... Kalau nak kelur ramai2 dan janji nak keluar ramai2 peganglah prinsip keluar ramai2.. Dan buat satu benda.. biarlah ramai2... Taknaklah ynag terpinggir... Itu yang aku paham dengan konsep keluar beramai...

Bila keluar beramai-ramai , aku tak kisah untuk mengalah nak bagi matlamat orang lain dicapai... Aku pulak akan usaha nak mencapai matlamat itu juga... Tapi kalau dah tak dapat capai, rasa2nya diterima kot aktiviti lain.. Aktiviti yang membolehkan kita lakukan something bersama-sama... Aku tengok yang lain ada dah meminggir diri.. Yang buat tak tahu, yang nak tanat je gamaknya... Yang kononnya eksaited ni carilah tempat nak capai jugak matlamat asal... Tapi, tak dapat jugak... Then , berbalik pada ,matlamat alternatif balik... Tapi, orang lain masih lagi dengan meminngir diri, yang buat tak tahu, yang nak tanat je gamaknya... Bila ditananya soalan... Jawapan yang dikasi acuh tak acuh je...

Aku pun mula berkuasa negatif, mencari satu sudut nak meminggir diri... ank mencari solusi terbaik.. Nak tenangkan jiwa sebab menerima jawapan yang tak baik... Tiba2 datang lah seorang kawan, anatara mastermind dalam plan keluar berama-ramai ni, datang bgtau "kitorang taknak matlamat alternatif dicapai nak matlamat utama dicapai, takpelah kalao korang nak matlamat alternatif dicapai, kami ke lain., sebab kami nak matlamat utama kami dicapai'... maksudnya macam, biarlah mereka dan mereka dan kami dan kami... Takde dah time tu semua menjadi kami...bagaikan nak terasing..

Aku dah memang mental tyme ... ada juga nak kena sepat .... baik aku blah, pikirkan tempat nak mencari erti bersama balik denagn menacapai matlamat utama tadi... Pikir2 punya pikir dapatlah tempat... Dan2 je, dapat tau nak pergi matlamat alternatif balik... Aduh! Sakit mental lagi tambah berkecamuk... Aku rasa mereka marah dengan tindakan aku tadi... Dan aku pun marah dengan tindakan mereka.... Semua marah marah.. dan menang adalah setan....



marah

setan menang

marah


setan menang

dan aku mula memberi jawapan yang negatif , yang acuh tak acuh, yang nak tanat je gamaknya...  diorang tak sedar ke sebelum tu diorang pun memberi jawapan yang sama pada aku... Ironikan, kesalahn orang lain kita ukur.... kesalahan diri kita sendiri... letak tepi... Aku akur  je lah, aku yang salah... aku ikut pun sebab kawan aku yang sorang ni..

tapi itu mesti belum cukup untuk menguji hati2 kami....

dan tuhan satukan kami dengan jatuhcinta... Kerana tuhan sayang kami... Dan kami menjadi kami seperti awalnya, semua matlamat kami tercapai... Untuk tetap... MENJADI KAMI!

Sep 27, 2010

iklan

"it is good to know if there is friend who has willingness to be right here in convenience and hardship.. because i'll do the same t thing"

Sep 7, 2010

Salam dan Selamat Puasa Semua~

Kita duk bangun sahur pastu berbukak pastu  bangun sahur pastu berbukak pastu bangun sahur rupanya dah nak habis dah bulan Ramdahan kali ni.Tau2 esok lusa dah nak raya dah. Alhamdulillah, jikalau ade walkers blog ni yang masih baca blog aku. Aku doakan kalian selamat menjalani setiap ibadah dalam bulan ini dan berikutnya... Amin~~


Kalo dengar radio tyme hujung bulan camni, semua cerita cerita pasal raya.Bukak tv tgok iklan raya dah berlambak ditelanjangkan.Aku terdetik terbaca pasal iklan raya TV3.Mamat yang komen dan analyze every single metaphore dalam isu tu sangat nak-tunjuk-pandai pada aku. Ya, aku setuju tentang iklan tu macam krismas.. Dia punya peneranagn macam every single things dalam tu ada maksud tersembunyi. Wa tabiklah orang macam lu. Kerana otak lu bijak dimanipulasi.

Punyalah semangat dia komen part pertama iklan tu yang pondok tu melambangkan kemiskinan, malam tu kegelapan, budak tu budak melayu islam, dan macam2 lagi. Sebenarnya otak dia yang interpretasi sesuatu dengan pandangan yang nak-tunjuk-pandai. Boleh nak tunjuk pandai tapi jangan over tunjuk sbb ia akan menimbulkan sisi bodoh kamu kerana kecerdikan yang melampau.

Anda yang bijak janganlah terus terikut denagn apa yang dikhabarkan, orang yang bijak mampu berfikir dan mengkaji. Kalau benar ada unsur sedemikian yang dimaksudkan mungkin ia hanya kebetulan. Kalau sengaja sekalipun, ada perlulah bijak mengiterpretasi benda tesebut. Tukarkan jadik positif. Jangan obses sangat rujukan persendirian sebab dia juga manusia, bisa lakukan kesilapan.

Aku tak cakap yang mamat tu pandai bagai dan tak cakap yang mamat tu tak pandai.Semua pada hemat anda. Anda mampu memikirkannya.

Sep 1, 2010

it is not red, it is blue

i just saw you,
you re smiling,
mumbling something..

you were there..
 and i was here..
is it really nothing between us...?

because, i realized...
i was not staring by the eyes..
but the heart...
and is this damn thing called LOVE?

if it is..
i was sorry...
i was just into you...
and i really was...
 
thehandthattyping