Nov 18, 2010

hate to think, think to hate

Two things i really hate to think now..
no. 1:  a name-tag tagged LOSER and
no. B: Till when i ll get u in my arm..

this is tremendously DAMN!

loser won!

First and foremost... Selamat hari raya aidil adha buat semua Umat islam... Buta semua lembu yang membaca, pengorbanan anda tak ternilai dalam hari raya ini...

Aku saje je nak menulis pagi raya ke2 ni... Huhuhuhu, ak nak cerita pasal 3 hari sebeleum raya lepas di mana aku berjaya menonton wyang.. Yup, dah lama kot.. Aku niat nak menonton Let Me In, Tapi malangnya fullhouse der.. Then aku decide tgok citer lain yang aku boleh gelak.. Huhuhu , aku pilih Crayon...Serius Best!

Dia bukan citer Melayu literally tapi macam citer Malaysia... Aku suka citer dia.. The way the delivery .. the msg.. The act.. Selamba mamba je semua... Aku tau ,aku promote banyak manapun bukan korang nak tengok...  Tapi macamtulah..

Owh jap.. ko nak tahu dlam wayang tu.. aku sorang je... aku konker habis gelak... Dari awal cerita hingga habis cerita.. hahhahaha... gelak, gelak, gelak... hahahahhahaahaah.. malas ah bebel lagi..Dasdidas!

Nov 11, 2010

huh!

Haramjadah betul.. 
apasal  susah sangat nak check movietime... 
pastu beratur.. pastu beli tiket.. dapat tiket...
grab popkon.. dan masuk...
da duduk.. dan menonton...
Macam tak pernah buat sorang2  je sblom ni...

have it ur way.. weirdo!

Nov 10, 2010

im in love

for the  past few days.. im in love..


dont you get it? im in love...


and now... the frog are transforming to the prince...

the prince..... but in a frog version..

Nov 2, 2010

Wanita cantik seksi head to toe dgn pencuri

Ada seorang wanita cantik.. sangat cantik tapi sayang kecantikan itu hanyalah untuk tatapan orang muda sahaja... Sebab itu dalam pemakaiannya , dia pakai sesingkat mungkin... padanya, kulitnya yang mulus, putih , gebu itu perlu ditatap oleh khalayak ramai. Termasuk juga aset di dada dan pinggulnya.. Owh, rambutnya, memang rebonding. Suatu hari , dia ditanya soalan
"Kenapa awak pakai macam ni? Seksilah? Dedah sana dedah sini? Awak tak malu ke?"

Dengan selamaba si cantik menjawab
" Hey, Hello  (the way the brat do), Saya just jadi diri saya sendiri.Saya suka pakai macam ni..  Kenapa nak hipokrit. Pakai tudung tapi dalam hati memberontak sahaja. Plus, I was born to be beauty and sexy with these assets. So, mesti lah nak show off kan... Kalau tak buat pe nak tunjuk. Buat pe nak malu"

********
Suatu hari si cantik pergilah jalan-jalan. Nak shopping niatnya. Naik LRT sbb nak jimat kos nak beli baju yang lebih seksi dari biasa. Tiba2, beg dia kena ragut.. 
"Peragut... peragut, tolong, beg I kena ragut,.. Tolong"
Adalah beberapa pemuda yang baik hati kejar pencurik tu samapailah kat stau sudut... Pencuri tu tertangkap.. wanita cantik terus meluru ke arah sudut itu dan bertanya

"Hoi, Bangangnya pencuri.. Dah takde kerja lain ke?Kenapa nak mencuri?Curi barang aku konon? Kau tak malu ke buat kerja macam ni?"
 Dengan selamba si pencuri menjawab,
"Kak, saya memang bangang . Sebab tu saya mencuri. saya suka mencuri.Kenapa nak hipokrit berlagak baik, tapi dalam hati semua benda saya nak curi.Lagipun saya memang dari kecik suka mencuri dengan aset ni lah saya mencuri(tunjuk tangan). Buat pe nak malu. Dah memang saya suka mencuri. Sebab tu orang panggil saya pencuri."

Wanita cantik tu terdiam, "macam pernah ku dengar ayat ni... tapi di mana ya?"...

Renung2kan dan selamat beramal

Oct 31, 2010

Buahjantunghatigulagulacintakasehsyangku...

Tuhan,
Jgalah dia yang cantik dari luar dan dalam..
Dari hujung rambut hingga hujung kaki.. 
Dari helaian kulit terakhir hingga tulang hitam yang paling dalam...


Tuhan,
Jagalah dia yang indah dari setiap bibir bicaranya,
dari sayang senyumnya dan sayang amarahnya..
dari rasa sedih dan gembira nya...

Tuhan...
Jagalah dia yang perawan dari lembut gayanya..
dari pandangan kasehnya..
dari jiwa tenangnya hingga gusarnya...

Tuhan...
Jagalah dia dari kesejukan dan kepanasan ..
dari rasa sakit dan sihatnya..
dari rasa cinta dan sayangnya...


Tuhan...
Kau yang mencintai hati-hati para pencinta...
Kekalkan cinta ini...
Biar yang bermain di kepala...
hanyalah bait-bait lagu cinta..

Tuhan...
Sejahterakanlah dia dari bait doa ini tertulis hingga hujung nafasnya...

Amin...

Selamat Hari Jadi... Perempuanku, Ma

daripada .. jantunghatigula-gula

Oct 24, 2010

Kenapa aku cinta Blackberry Torch 9800?

Kenapa aku cinta Blackberry Torch 9800?
Kenapa aku cinta Blackberry Torch 9800?
Kenapa aku cinta Blackberry Torch 9800?

Sebab dia bijak pandai. Mestliah dia bijak dan pandai , kalau dia tak bijak dan tak pandai, takkan lah orang label dia sbg smartphone. kan?Oh, untuk pengetahuan kalian , smart dalam bahasa ibunda adalah bijak pandai. bijak kan pencinta Blacberry Torch 9800 ini..

Kenapa aku cinta Blackberry Torch 9800?
Kenapa aku cinta Blackberry Torch 9800?
Kenapa aku cinta Blackberry Torch 9800?

Sebab perincian reka bentuknya menarik hati ini. Kali pertama bertentang mata terus terpesona mata jatuh ke hati menjadikan benda aneh bernama cinta berbunga-bunga. Bentuknya yang elegan memaut rasa sayang terhadap benda cantik bernama Blackberry Torch 9800. Aku cinta kepada manjanya dia terhadap aku. Dia suka dibelai untuk melayan setiap aplikasi dia. Semestinya aku ini bukan penggemar skrin sentuh,tetapi dia telahpun menambat hati dengan menyediakan papan kekunci lengkap.Tetapi dengan aplikasi pilihan sebegitu bolehlah aku belajar cara-cara melestarikan penggunaan skrin sentuh Blakberry Torch 9800.oh, cinta ini makin mekar.


Kenapa aku cinta Blackberry Torch 9800?
Kenapa aku cinta Blackberry Torch 9800?
Kenapa aku cinta Blackberry Torch 9800?

Sebab skrin dia BESAR. Boleh tengok macam-macam kalau besar.Mestliah pelbagai aplikasi disediakan sesuai dengan kebesarannya . Bila layanan diberikan dengan besarnya, hati ini berbesar untuk menambat cinta terhadap dia. Tak sakitlah mata bila melayan " jantung gula-gula" ini. 

Kenapa aku cinta Blackberry Torch 9800?
Kenapa aku cinta Blackberry Torch 9800?
Kenapa aku cinta Blackberry Torch 9800?

Sebab lensa kamera dia 5 mega pixels. Hari-harilah bergambar, aku tangkap gambar dia, dia tangkap gambar aku. Bila hari-hari bergamabar menjadi rutin, maka banyaklah kenangan indah kami ciptakan. Mujurlah, Blackberry  Torch 9800 dah sediakan ruang simpanan sebnanyak 8 GB. Dengan keluasan sebegini, memori aku dan kesayanganku, Blackberry Torch 9800 akan tersemat di ingatan masing-masing.

Kenapa aku cinta Blackberry Torch 9800?
Kenapa aku cinta Blackberry Torch 9800?
Kenapa aku cinta Blackberry Torch 9800?

Aku suka bersosial melalui ruangan siber yang disediakan sepeti Mukabuku.Oh, bak kata mereka di luar sana Facebook.Sebab melalui facebook atau mukabuku aku dapat berkomunikasi dengan kenalan jauh  mahupun lama. Blackberry Torch pula tahu setiap kesukaan aku, maka diciptakan aplikasi Facebook supaya aku sentiasa dekat dengan semua kenalan walaupun di mana jua mereka berada.Aku juga dapat menghantar email dimana dan bermesej segera seperti mana yang kita tahu istemewanya Blackberry. Semestinya dia tidak mencemburui itu kerana bila bersama yang lain, aku akan membelainya.

Kenapa aku cinta Blackberry Torch 9800?
Kenapa aku cinta Blackberry Torch 9800?
Kenapa aku cinta Blackberry Torch 9800?

Sebab seperti mana terhasilnya sinergi antara aku dan dia, begitu juga terhasilnya sinergi antara dia dan Celcom Exec 50. Sinergi mereka menghasilkan suatu kepuasan pada pencinta Blackberry Torch 9800 kerana dapat liputan yang luas untuk melayari internet. Aku sebagai pelajar dapat belajar di mana sahaja kerana liputan luas yang disediakan. Dengan 15 sen setiap minit aku dapat lah menghubungi sesiapa sahaja yang aku rindu. Memandang aku sangat suka berbual melalui telefon, Celcom Exec 50 memberikan diskaun setiap bulan smapai mencecah diskaun sehingga 30% tetapi setiap bulan kena bayar lebih kurang RM50. Berbaloi-baloikan. Bak kata pepatah barat, "kamu dapat pada apa yang kamu berikan", di tukar bahasa dari  "what you give you get back".Satu lagi, baiknya Celcom, dapat pulak percuma jalur lebar  dengna kelajuan mencecah 384 kbps.Berbaloi-baloi-baloi....

Oh Celcom, bagilah cinta ini mekar denagn menghadiahkan aku Blackberry Torch 9800 pujaan jantung hati gula-gula idaman kalbu ku!

"Blackberry~, kamu jangan bimbang, bila saya dapat kamu,
cinta saya lagi hebat dari dia-diatas "

...............
Sesiapa yang nak joincontest ni tekan SINI.. Sila bersabar, aku tak sabar sebab ni first time aku join kontes cenggini.