Jan 21, 2011

sama kan?

Ada seorang hamba Allah, menceritakan besarnya dosa manusia jika melakukan perkara haram.Pada suatu hari, dia cuba berkongsi ilmu mengenai "besarnya dosa seorang wanita membuka aurat di khalayak ramai".. berserta dalil dan bukti. Menjadikan hukum tetap hukum.Hujahnya untuk perempuan. Malangnya dia lelaki.

Dia sedang "bercinta" dengan seorang wanita "bertudung". Membawa "cinta" nya ke mana sahaja. Berbual dan berbicara tentang "cinta"  di alam realati dan maya. Dekat dan jauh. Setiap masa. Persoalannya, adakah dia pernah tarbiahkan diri dia waktu itu. Tentang dosa yang di lakukan. Hukum tetap hukum. Perihal tarbiyah
"janganlah kamu mendekati zina" surah Al-Israq Ayat 32.

Jan 20, 2011

Mc D dan genetik...

Mak aku suka makan kat Mc D... Everytime datang KL, restoran wajib di kunjungi adalah MC D... Begitu juga aku..Tetap suka Mc D.. Genetik kah?

Suatu hari aku lepak kat Mc D dengan Azizul Arshad Dan Amrin Lailanor.. time kitorang lepak sambil makan2, kitorang perhati sekeliling ruang.. Banyak budak2 sekolah lepak kat Mc D, Tak kira bangsa.. Biasalah bebeudak pramatang memang suka buat havoc. Tapi kami pemerhati bebas, cool, lebih sejuk daripada biasa. Memandnag fizikal kami visualkan kami sudah perlu berkahwin terdetik pada hati aku nak mulakan sesi diskusi. Sila ambik perhatian ini isu yang serius.

Aku: Korang rasa nanti bila kita ada anak, diorang suka lepak kat Mc D macam ni ke?
Amrin: Duk jauh2 lah dari Mc D.
Aku:Rumah jauh , tapi kalau sekolah dekat denagn Mc D.
Zizul: Carik skolah yang jauh dari Mc D.
Aku:Kalau sekarang   Mc D kat setiap bandar.. Nanti kita ada anak Mc D ada kat setiap taman kot.. Depan umh ko ade, umah kau ade, umah ko pun ade zul..
Zizul & Amrin:A' ah .. kan?(menyuap ke dalam mulut)

Aku pun buat sikit lakonan bilamana aku telefon  anak aku..

Aku: Helo anak.. ade kat mana ni?
Anak: Anak ada kat Mc D lah ayah...Tapi tak skali ngan mak.. Mak Mc D kat depan umah ngan adik.. Anak ada kat Mc D kat depan skolah..
Aku: Mak pun makan kat Mc D?
Anak: Ak ah.. dia cakap malas  masak.. sekarangkan lagi murah harga dia.. Mak pun cakap ayah selalu lepak kat Mc D kan..
Aku: Hish, mana ade..
Anak: Mana ada apa? Nenek pun cakap macam tu bila kitorang makan tengahahri kat Mc D ngan nenek last week...


Aku, Amrin, Azizul tergelak...Dan makan lagi....

Jan 19, 2011

"Friends walk in and out of life, but true friend always leave the footprints"

Jan 11, 2011

selamat siang smua....

Dec 30, 2010


Sebab org lain dah sibuk nak buat entri pasal kemenangan Team Malaysia beat Hendon Semalam, dengan banggannya aku tak nak buat lagi entri cliche itu dan aku nak buat entri yang dah lama org buat iaitu Hantu Mak Engkau Balik Rumah.. sebab cerita ini kau baru tengok tiga hari lepas .. kesian kan aku.. Ko dengar lah lagu ni.. aku suka , kalau aku suka, korang patut suka, bila semua orang suka, dunia tidak berduka, hahhahhah..

Dec 26, 2010

morning sight

Bismillah

As i promised before, these are some photos taken by me last week at  Kemangi,Baling. all the photos are taken  in the morning. Such a great morning there.. Hope the feeling of my sharing are similar to your seeing..Without babbling too much,let the photos speak!







Dec 13, 2010

gegambar

Salam

Aku tgok org lain punya blog ade gambar cantik bagai...aku pun macam nak tunjuk gaklah sket2 gamabr yang aku ambik yang aku rasa smart.. Aku lah rasa smart aku tak tahu omlen.. Dengan kamera macam tu dapatlah selai dua customer.. dapatlah beli macro lens+wide lens converter.. Alhamdulillah..

aku harap gegambar yang aku tunjuk ni, taklah mengeli tekak kalian ea.. aku masih bertatih...