Feb 25, 2011

Tuhan Maha Komplikasi

Di tanya mana kewujudan Dia? Keyakinan terhadap Nya suruh dipegang..

Bila dimohon kebahagian? Dianugerahkan perasaan cemburu.

Bila dimohon kekayaan? Dianugerahkan keringat untuk diusahakan..

Bila dimohon kebijaksanaan ? Dianugerahkan teka-teki untuk diselesaikan.







Tapi, persoalannya? Kenapa perlu percaya kalau Dia tak pernah muncul di depan mata.

Mungkin kerana KEESANNYA..Kalau hadir di setiap mata bogel manusia.. Dia bukan SATU lagi.





Itulah Dia, Yang Maha Komplikasi

Allahuakbar



Feb 2, 2011

serius sweet

Bismillah

Ya, aku dah tua.. aku akui itu..Sekarang aku dah masuk 22 dan layak mengundi.. Tapi aku nak cerita suatu yang sangat heaven pasal aku punya bufday..Izinkan aku bercerita walaupun cerita ini dah lapuk berkulapuk... Cerita nya macam ni...


Masa ni berlaku pada 30  Januari 2006 ..aku tengah buat homework sebab esok dah kena masuk asrama dah.. Tetiba mak aku bersiap nak keluar.. Bapak aku plak tengah menunggu kat luar.. Aku pun tanayalah mak aku..

Aku: Mana?
Mak aku: Biasa Bro. Nak pergi mengurut jap..
Aku: Kat mana?
Mak aku: Biasa bro. Kat Jerteh..
Aku: Ok...
Mak aku:ok.

Selang satu jam lebih kemudian.. Mak aku balik, masuk ikut dapur.. Aku plak tengah layan buat homework.. taklah nak gi jenguk mak aku jap.. Kakak aku yang tgah tgok tv pun geraklah gi dapur.. Aku steady melayan kerja sekolah..

Kendian mak aku pangil aku

Mak aku: Ery, meh jap..
aku: jap2..

Terus aku tutup buku gerak pergi kat mak aku.. Panggilan ibu jangan diendahkan, derhaka namanya... Sampai je aku melangkah ke dapur mak, ayah, kakak no.4 aku (adik2 aku yang dua tu dah tdo) nyanyi ....

happy bufday to you.. happy bufday to u.. happpy bufday to you.. happy bufday to you..

Kat atas meja makan, ada satu bucket KFC (time tu aku minat KFC macam aku minat Mc D sekarang) dengan kek Tiramisu.. Ak pun terharu siot,.. mujurlah tak nangis.. Kejantanan aku cover aku.. aku senyum je.. After kiss and hug, kitorang beramai-ramai tibailah ayam dan kek itu..


Serius sweet bila parents sendiri buat surprise macam tu... Urban rupanya mak ngna ayah aku.. he3.. Nak tau tak jauhnya Restoran KFC dari rumah kitorang.. dari Kg Raja pergi pasir puteh.. Sama jauh kowt dari kajang ke KL kalau naik kereta.. Tiramisu plak kakak aku sembunyi dalam bilik dia..semata-mata nak surprise kat aku.. Terharu kowt aku dengan effort mereka..

effort kalian untuk mesej dan wish aku pun aku terharu..Wish korang tu memeng such ablessing to me.. Serius.. Terharu dapat kenal kalian. Walaupun anatar kita dah bertemu hidung ke hidung tak pernah bertegur sapa, tapi bisa ucapkan ucapan bufday.. Yang jauh wish, yang dekat wish.. 

Yang bagi hadiah, yang suroh anak murid dia nyanyi pagi2 buta (kakak aku), yang texting, yang ucap depan2, yang fb user tegar, yang semua cakerawala yang mengucapkan ucapan hari jadi.. Terima kasih aku ucapkan..Cinta dan kaseh kalian akan aku kenang..Semoga kalian sentiasa diberkati, amin...


cakapkecil:sebelum tido yang malam kejadian tu serius aku terjatuh lah jugak sehelai-dua helai air mata terharu dengan keurbanan mak aku..