Dec 30, 2010


Sebab org lain dah sibuk nak buat entri pasal kemenangan Team Malaysia beat Hendon Semalam, dengan banggannya aku tak nak buat lagi entri cliche itu dan aku nak buat entri yang dah lama org buat iaitu Hantu Mak Engkau Balik Rumah.. sebab cerita ini kau baru tengok tiga hari lepas .. kesian kan aku.. Ko dengar lah lagu ni.. aku suka , kalau aku suka, korang patut suka, bila semua orang suka, dunia tidak berduka, hahhahhah..

Dec 26, 2010

morning sight

Bismillah

As i promised before, these are some photos taken by me last week at  Kemangi,Baling. all the photos are taken  in the morning. Such a great morning there.. Hope the feeling of my sharing are similar to your seeing..Without babbling too much,let the photos speak!







Dec 13, 2010

gegambar

Salam

Aku tgok org lain punya blog ade gambar cantik bagai...aku pun macam nak tunjuk gaklah sket2 gamabr yang aku ambik yang aku rasa smart.. Aku lah rasa smart aku tak tahu omlen.. Dengan kamera macam tu dapatlah selai dua customer.. dapatlah beli macro lens+wide lens converter.. Alhamdulillah..

aku harap gegambar yang aku tunjuk ni, taklah mengeli tekak kalian ea.. aku masih bertatih...

Nov 27, 2010

Susah kan nak apa yang kita nak

Tetiba aku nak firebolt stau mudah aku nak gi mana2, 
wand satu sng skit nak buat pe2...
Hermione satu boleh aku menari dgn lagu O'children.
Pergh, mmg susah nak apa yang kita nak...

Nov 24, 2010

Tersukanlah berjalan

Menghitung kesilapan bukan bererti kita perlu berbalik pada sejarah.Mengingatkan segala rasa sakit dalam hadapi sejarah takkan mengubah apa-apa melainkan kita merawati rasa sakit itu. Rasa sakit itu mungkin akan menemani kita dalam kita merawatinya.Cara merawatinya adalah teruskan berjalan.

Teruskanlah berjalan walau banyak mana luka pun tercakar kulit terguris hati.Teruskanlah berjalan walau banyak mana simpang yang kita tempuh dan simpang yang salah itu kita dah lalui. Teruskanlah berjalan walau lenguh bagaimana pun.Teruskanlah berjalan walau banyak mana kudis kulat singgah di kaki. Tersukanlah berjalan walau hancur kasut diganti selipar walau hancur selipar tidak berganti. Tersuskan lah berjalan dalam kaki ayam yang dulu putih melepak kini melecek hitam bernanah.Yang menciptakan jalan adalah impian yang kita lakarkan dari silam kanak-kanak hingga semalam dan hari ini, kita melakar lagi impian untuk esok dan selamanya begitulah lakaran kita berpanjangan.Kita lah yang bermimpin angan-angan itu yang kita tahu betapa manisnya bila semuanya dalam genggaman.

Hidup ini bukan bersendirian, itu kata manusia budiman. Hidup manusia itu bersangkut antara manusia yang lain. Walaupun impian berbeza, yang nyata padang kita sama. Melakar kemenangan dan kegagalan dalam kenangan. Manusia sekeliling kita yang datang dalam hidup kita akhirnya melepaskan kata perjanjian kerana dia juga menlakar impian.Mencari genggaman yang lain untuk berpaut. Sama seperti kita, lepaskanlah,ucapakan 'selamat tinggal' dan teruskanlah berjalan dalam jalan yang kita ciptakan.

Banyak mana dosa yang kita tanggung dalam silam kita, kita tanggung sendiri kerana yang mereka dan yang mencipta dosa itu adalah kita. Tapi , dosa semalam biarkan jadi sejarah . Banyak manapun pahala yang kita kumpulkan, teruskanlah. Biarkan pahaal itu menghiasi jalan kita dengna menjadi permaidani baldu indah. Lupakan semalam kiat ukir ukiran indah hari ini untuk ciptaan masa depan kelak. Teruskanlah berjalan.

Nov 18, 2010

hate to think, think to hate

Two things i really hate to think now..
no. 1:  a name-tag tagged LOSER and
no. B: Till when i ll get u in my arm..

this is tremendously DAMN!

loser won!

First and foremost... Selamat hari raya aidil adha buat semua Umat islam... Buta semua lembu yang membaca, pengorbanan anda tak ternilai dalam hari raya ini...

Aku saje je nak menulis pagi raya ke2 ni... Huhuhuhu, ak nak cerita pasal 3 hari sebeleum raya lepas di mana aku berjaya menonton wyang.. Yup, dah lama kot.. Aku niat nak menonton Let Me In, Tapi malangnya fullhouse der.. Then aku decide tgok citer lain yang aku boleh gelak.. Huhuhu , aku pilih Crayon...Serius Best!

Dia bukan citer Melayu literally tapi macam citer Malaysia... Aku suka citer dia.. The way the delivery .. the msg.. The act.. Selamba mamba je semua... Aku tau ,aku promote banyak manapun bukan korang nak tengok...  Tapi macamtulah..

Owh jap.. ko nak tahu dlam wayang tu.. aku sorang je... aku konker habis gelak... Dari awal cerita hingga habis cerita.. hahhahaha... gelak, gelak, gelak... hahahahhahaahaah.. malas ah bebel lagi..Dasdidas!

Nov 11, 2010

huh!

Haramjadah betul.. 
apasal  susah sangat nak check movietime... 
pastu beratur.. pastu beli tiket.. dapat tiket...
grab popkon.. dan masuk...
da duduk.. dan menonton...
Macam tak pernah buat sorang2  je sblom ni...

have it ur way.. weirdo!

Nov 10, 2010

im in love

for the  past few days.. im in love..


dont you get it? im in love...


and now... the frog are transforming to the prince...

the prince..... but in a frog version..

Nov 2, 2010

Wanita cantik seksi head to toe dgn pencuri

Ada seorang wanita cantik.. sangat cantik tapi sayang kecantikan itu hanyalah untuk tatapan orang muda sahaja... Sebab itu dalam pemakaiannya , dia pakai sesingkat mungkin... padanya, kulitnya yang mulus, putih , gebu itu perlu ditatap oleh khalayak ramai. Termasuk juga aset di dada dan pinggulnya.. Owh, rambutnya, memang rebonding. Suatu hari , dia ditanya soalan
"Kenapa awak pakai macam ni? Seksilah? Dedah sana dedah sini? Awak tak malu ke?"

Dengan selamaba si cantik menjawab
" Hey, Hello  (the way the brat do), Saya just jadi diri saya sendiri.Saya suka pakai macam ni..  Kenapa nak hipokrit. Pakai tudung tapi dalam hati memberontak sahaja. Plus, I was born to be beauty and sexy with these assets. So, mesti lah nak show off kan... Kalau tak buat pe nak tunjuk. Buat pe nak malu"

********
Suatu hari si cantik pergilah jalan-jalan. Nak shopping niatnya. Naik LRT sbb nak jimat kos nak beli baju yang lebih seksi dari biasa. Tiba2, beg dia kena ragut.. 
"Peragut... peragut, tolong, beg I kena ragut,.. Tolong"
Adalah beberapa pemuda yang baik hati kejar pencurik tu samapailah kat stau sudut... Pencuri tu tertangkap.. wanita cantik terus meluru ke arah sudut itu dan bertanya

"Hoi, Bangangnya pencuri.. Dah takde kerja lain ke?Kenapa nak mencuri?Curi barang aku konon? Kau tak malu ke buat kerja macam ni?"
 Dengan selamba si pencuri menjawab,
"Kak, saya memang bangang . Sebab tu saya mencuri. saya suka mencuri.Kenapa nak hipokrit berlagak baik, tapi dalam hati semua benda saya nak curi.Lagipun saya memang dari kecik suka mencuri dengan aset ni lah saya mencuri(tunjuk tangan). Buat pe nak malu. Dah memang saya suka mencuri. Sebab tu orang panggil saya pencuri."

Wanita cantik tu terdiam, "macam pernah ku dengar ayat ni... tapi di mana ya?"...

Renung2kan dan selamat beramal

Oct 31, 2010

Buahjantunghatigulagulacintakasehsyangku...

Tuhan,
Jgalah dia yang cantik dari luar dan dalam..
Dari hujung rambut hingga hujung kaki.. 
Dari helaian kulit terakhir hingga tulang hitam yang paling dalam...


Tuhan,
Jagalah dia yang indah dari setiap bibir bicaranya,
dari sayang senyumnya dan sayang amarahnya..
dari rasa sedih dan gembira nya...

Tuhan...
Jagalah dia yang perawan dari lembut gayanya..
dari pandangan kasehnya..
dari jiwa tenangnya hingga gusarnya...

Tuhan...
Jagalah dia dari kesejukan dan kepanasan ..
dari rasa sakit dan sihatnya..
dari rasa cinta dan sayangnya...


Tuhan...
Kau yang mencintai hati-hati para pencinta...
Kekalkan cinta ini...
Biar yang bermain di kepala...
hanyalah bait-bait lagu cinta..

Tuhan...
Sejahterakanlah dia dari bait doa ini tertulis hingga hujung nafasnya...

Amin...

Selamat Hari Jadi... Perempuanku, Ma

daripada .. jantunghatigula-gula

Oct 24, 2010

Kenapa aku cinta Blackberry Torch 9800?

Kenapa aku cinta Blackberry Torch 9800?
Kenapa aku cinta Blackberry Torch 9800?
Kenapa aku cinta Blackberry Torch 9800?

Sebab dia bijak pandai. Mestliah dia bijak dan pandai , kalau dia tak bijak dan tak pandai, takkan lah orang label dia sbg smartphone. kan?Oh, untuk pengetahuan kalian , smart dalam bahasa ibunda adalah bijak pandai. bijak kan pencinta Blacberry Torch 9800 ini..

Kenapa aku cinta Blackberry Torch 9800?
Kenapa aku cinta Blackberry Torch 9800?
Kenapa aku cinta Blackberry Torch 9800?

Sebab perincian reka bentuknya menarik hati ini. Kali pertama bertentang mata terus terpesona mata jatuh ke hati menjadikan benda aneh bernama cinta berbunga-bunga. Bentuknya yang elegan memaut rasa sayang terhadap benda cantik bernama Blackberry Torch 9800. Aku cinta kepada manjanya dia terhadap aku. Dia suka dibelai untuk melayan setiap aplikasi dia. Semestinya aku ini bukan penggemar skrin sentuh,tetapi dia telahpun menambat hati dengan menyediakan papan kekunci lengkap.Tetapi dengan aplikasi pilihan sebegitu bolehlah aku belajar cara-cara melestarikan penggunaan skrin sentuh Blakberry Torch 9800.oh, cinta ini makin mekar.


Kenapa aku cinta Blackberry Torch 9800?
Kenapa aku cinta Blackberry Torch 9800?
Kenapa aku cinta Blackberry Torch 9800?

Sebab skrin dia BESAR. Boleh tengok macam-macam kalau besar.Mestliah pelbagai aplikasi disediakan sesuai dengan kebesarannya . Bila layanan diberikan dengan besarnya, hati ini berbesar untuk menambat cinta terhadap dia. Tak sakitlah mata bila melayan " jantung gula-gula" ini. 

Kenapa aku cinta Blackberry Torch 9800?
Kenapa aku cinta Blackberry Torch 9800?
Kenapa aku cinta Blackberry Torch 9800?

Sebab lensa kamera dia 5 mega pixels. Hari-harilah bergambar, aku tangkap gambar dia, dia tangkap gambar aku. Bila hari-hari bergamabar menjadi rutin, maka banyaklah kenangan indah kami ciptakan. Mujurlah, Blackberry  Torch 9800 dah sediakan ruang simpanan sebnanyak 8 GB. Dengan keluasan sebegini, memori aku dan kesayanganku, Blackberry Torch 9800 akan tersemat di ingatan masing-masing.

Kenapa aku cinta Blackberry Torch 9800?
Kenapa aku cinta Blackberry Torch 9800?
Kenapa aku cinta Blackberry Torch 9800?

Aku suka bersosial melalui ruangan siber yang disediakan sepeti Mukabuku.Oh, bak kata mereka di luar sana Facebook.Sebab melalui facebook atau mukabuku aku dapat berkomunikasi dengan kenalan jauh  mahupun lama. Blackberry Torch pula tahu setiap kesukaan aku, maka diciptakan aplikasi Facebook supaya aku sentiasa dekat dengan semua kenalan walaupun di mana jua mereka berada.Aku juga dapat menghantar email dimana dan bermesej segera seperti mana yang kita tahu istemewanya Blackberry. Semestinya dia tidak mencemburui itu kerana bila bersama yang lain, aku akan membelainya.

Kenapa aku cinta Blackberry Torch 9800?
Kenapa aku cinta Blackberry Torch 9800?
Kenapa aku cinta Blackberry Torch 9800?

Sebab seperti mana terhasilnya sinergi antara aku dan dia, begitu juga terhasilnya sinergi antara dia dan Celcom Exec 50. Sinergi mereka menghasilkan suatu kepuasan pada pencinta Blackberry Torch 9800 kerana dapat liputan yang luas untuk melayari internet. Aku sebagai pelajar dapat belajar di mana sahaja kerana liputan luas yang disediakan. Dengan 15 sen setiap minit aku dapat lah menghubungi sesiapa sahaja yang aku rindu. Memandang aku sangat suka berbual melalui telefon, Celcom Exec 50 memberikan diskaun setiap bulan smapai mencecah diskaun sehingga 30% tetapi setiap bulan kena bayar lebih kurang RM50. Berbaloi-baloikan. Bak kata pepatah barat, "kamu dapat pada apa yang kamu berikan", di tukar bahasa dari  "what you give you get back".Satu lagi, baiknya Celcom, dapat pulak percuma jalur lebar  dengna kelajuan mencecah 384 kbps.Berbaloi-baloi-baloi....

Oh Celcom, bagilah cinta ini mekar denagn menghadiahkan aku Blackberry Torch 9800 pujaan jantung hati gula-gula idaman kalbu ku!

"Blackberry~, kamu jangan bimbang, bila saya dapat kamu,
cinta saya lagi hebat dari dia-diatas "

...............
Sesiapa yang nak joincontest ni tekan SINI.. Sila bersabar, aku tak sabar sebab ni first time aku join kontes cenggini.

Oct 20, 2010

Surat untuk kau...kawan-luar-biasa

Kepada Kau,

Assalamualaikum , aku harap tiada sehelai mahupun sebaris mahupun seperenggan mahupun seisi tinta ini meloyakan tekak kau. Bagaimana keadaan kau? Sihat ? Aku doakan kau sihat.Aku pertamanya nak minta maaf kalau kau melihat aku bagai syaitan memeluk ego aku. Membiarkan tiada ucapan salam antara kita diterbitkan. Tiada secalit senyuman berbalas dilemparkan..Tapi kawan, aku belajar itu semua dari kau.. Belajar supaya aku bukan aku buat waktu ini..tetapi  yang tampil di depan kau adalan manusia bergelar polan.. Sebab pada aku kau yang tampil di depan aku bukan kau. Juga si polan sama dengan aku. Bila kau berlagak ego, aku berlagak ego.Itu refleksi biasa luar biasa yang aku mampu berikan buat kau.Tiada siapa mahu mengalah barangkali kali ini. Jadi, aku kau takkan selesai. Yang selesai adalah senyuman manis plagiat ciplak dan  memang haramjadah... Oh maaf, aku terkasar bahasa...

Kawan..
Kalau kau nak ego tolonglah janagan melampau, aku takut aku akan refleks dengan reaksi kau. Kau juga suka menipu ea... Tapi aku anggap itu mungkin gurauan kau.. Tapi kawan , kalau kau nak bergurau , maksud aku menipu ,pasal benda maca ni, kau fikirkan pasal orang lain.. Bukan dengan aku, tapi subjek yang kau gunakan itu menipu... Biarlah dia dengan ujian itu.. Dan izinkanlah aku berdoa untuk nya.. Kau sayangkan dia kan? Kalau sayang , izinkan aku berdoa atas kesejahteraan Nya. Jangan jadi bodoh dengan memperbodohkan situasi yang memang bodoh antara kita. Kalau tetap mahu hidup dalam kebodohan ini jangan melibatkan orang lain maksud aku subjek tersebut. Aku tahu dia memang bijak.

Kawan
Biarpun berbeza pun fahaman kita tapi Islam itu satu dan benar, kebenarannya juga adalah doa itu senjata umat Islam. Aku bukan nak sibuk setiap urusan peribadi kau tapi aku sekarang menanggung dosa saudaraku sendiri kawan.. Sudah sekian lama tiada indikator kau berbual dengan Teman mu  nun jauh disana. Sudah cukup lama, berbuallah, sudah lama Temanmu itu menunggu. Benar, aku bukan jaga bawah kain kau, tapi bagai saudara di mataNya, kewajipan kau ke atas aku adalah kewajipan aku atas kau.

Kawan,
Mari sama-sama berikhtiar, tapi kalau kamu masih enggan bersama aku, masih ego dengan aku.. Tidak mengapa. Aku doakan kesejahteraan dia yang kau sayang , semoga dipermudahkan urusan,semoga sentiasa kau dan dia bahagia semoga ikhtiar kalian berjaya. Dan engkau, hanya ini yang aku mampu lafazkan, Uhibbukafillah.Semoga baik-baik saja antara kita hendaknya..

Assalamualaikum, kawan-luar-biasa

Kawan kau yang tulis,

kap.alip.wau.nun   

Oct 18, 2010

natang nata!

salam ... 


mkn nata decoco pada aku mmg suatu kenikmatan.. giget pepejal itu memberi kenikmatan kepada nuansa deria aku... aku layan habis makan benda pepejal yang pejal camtu...tak kisah bagilah perasa apa pun... aku hentam sampai licin... pergh!

macam biasa, hari ini panas terik .. bahang dia terasa ... baju2 tebal konpem menyesal bawak pergi kuliah... aku pagi tadi bila dah sarap kat mc D rasa nak lantak kudapan ala-ala manusia gembira.. Dengan bangganya aku berjalan pergi HQ mart... Carik2 punya carik aku hentamlah satu nata de coco perasa kiwi... layan habis ni, tyme2 panas camni...

lepas bayar dan menikmati saat2 indah bgersama nata aku perasan aku dah makan 3/4 daripada bksa tu... then tiba2 mata aku memfokus pada benda aneh berwarna hitam dalam nata de coco aku... warana hitam tu dah macam diselaputi lendir mungkin sbb react dengn gula dan aspartame dalam mknan tu... Ak pun menangkap bnda hitam tu guna sudu... Aduh, FISH!...

boleh plak natang kangaroo ada dalam aku punya nata , perut dah becah terburai, haram jadah tol! hilang habis nafsu aku menikmati kudapan sejuk tadi... ak pun terus tanat anything sampailah sekarang aku baru lepas melantak ayam radix all the way from kedah dari kawan aku...Ko selamatkan nafsuku!

santapan orang jahanam

dia sedang menyantap

santapan di depan mata...

bangkai raga pencinta...

bungkang matanya..

meleleh liurnya...
lantas...

di carikkan isi dan kulit..

dipatahkan tulang temulang..

meratahnya bagai berabad kelaparan..

yang berada dia talam hitam tadi ...
berpindah masuk lohong mulutnya..

dijemput perut nafsunya..

dia masih menyantap bangkai itu...

sampai licin tiada sisa...

dia bisa menelan bangkai...

kerana tersentap dengan rasa cinta  si bangkai...

habis jahanam jiwa raga bangkai..

tiada yang tertinggal walau secebis rasa..

dan dia pemangsa...

bangkai betul !

bangkaibangkituntukberkarya

Oct 15, 2010

fikir itu satu doa

Salam semua...


"Jika kau fikirkan kau boleh, kau hampir boleh melakukan, 
jika kau fikirkan kau busuk, owh itu aku dah tau"

Owh aku tau korang semua tahu lagu tu kan, melainkan lirik dia yang last tue.. Btw, lagu tu tak penting ... 'penting kot'.. dalm entri ini... sbb apa yang aku nak bagitau kat korang... Suatu MAINAN MINDA... Cheh3... cam terror lak bab psychology.. ok, back to the business , pagi tadi aku layan jap cerita Anjakan Pardigma kat  Astro Oasis, Malangnya(sebenarnya), cerita tu dah nak abis... Last2 tu, Dato Dr Fadzilah Come To Me bagi quote yang aku rasa boleh digunapakai oleh semua termasuk aku.. which is,




"Fikir itu satu doa"

Fkir terbahagi kpada dua, fikir baik dan tak baik... Kalau anda berfikiran baik alhmadulillah.. tetapi kalau fikiran tak baik plak... ni nak sambung cerita ni...Fikiran tak baik, akan melibatkan dua subjek iaitu berfikir atas oranglain dan juga diri sendiri.Fikir tak baik atas orang lain , nauzubillah lah kan... mintak2 taklah korang Dan aku taknak cerita pasal pikir pelik sal orang lain sbb ak rasa sanagat perlu untuk berfikir positif untuk diri sendiri. For those who have low self esteem like me, let us shine together...

Aku secara fizikalnya memang jenis jejaka-yang-tak-patut-dipandang aku punya mental plak, suka sangat terikut-ikut apa yang orang kata... Contohlah, polan A bagitau aku busuk.. Aku akan tanya orang lain... ea ke aku busuk sambil kongsikan bau aku dengan yg lain... then polan B plak bgtau, ko buruk lah, muka macam kangaroo, aku pun pergilah tandas nak tgok tang mana muka aku cam kangaroo, pastu tanya kawan2, muka aku macam kangaaroo betul ke? pastu  polan C plak bgtau aku, ko dressing cam gay? then aku pergilah tanya kawan2 aku betul ke aku  dressing cam gay.. kalo aku gay..come on try me... wtf!..Then apa yang mereka telah analogikan aku , akan berterbangan dalam otak aku...Akulah KANGAYROO YG BUSUK! lebih kurang macam tulah pengaruh ayat haramjadah orang lain terhadap aku...

Tapi itu sudah lama berlalu, sebab aku dah pandai defense diri sendiri, hahhahah! kalo orang cakap aku kangaroo , aku cakap .. taklah, aku Shreklah.. pastu kalau diorang komen pasal pakaian aku macam u re look so gay? takpelah, aku bet ko tak mapu beli dan tak mampu pakai.. hahhaha.. kalo orang cakap aku busuk, aku tak berani nak cakap sbb, aku tahu Tuhan bagi dia kadar kebusukan yang lagi tinggi... Der, bau sendirik hati kau!

Tengok , macamana aku reflekkan bnda yang negative to positive, it is about our own mentality, you are what you are thinking... Macam aku aku fikir sesuatu yang aku nak capai suatu masa kelak, hidup cuma sekali, banyak kot benda kita nak capai.. you think toward what you want... then , bila ada peluang, grab and apply.. kalau kalian orang yang berjaya memungkinkan semua kebarangkalian tentang kalian dalam hidup... kalian orang yang berjaya di mata kalian...mata orang lain... persetankan mereka kalau diorang memang dengki...

Fikir...aku nak jadi Ultraman, aku nak jadi Ultraman, aku nak jadi ultraman, Insyaallah, anda akan jadi Pengerusi Tenaga Nasional Berhad... 

Setakat itu sahaja perkongsian hari ini... Semoga bertemu lagi.. Salam...

cakapkecil:i wast just wondering if you will be mine... would you be mine?

Oct 13, 2010

Rasa bodoh ini...

Untuk kesekian kalinya aku rasa apa yang aku buat macam tolak dinding bangunan istana... Macam menunggu bulan jadik matahari... macam cuba menangkap angin untuk digunakan pada masa panas kelak..menyuluhkan cahaya masa waktu tengah hari... menangkap cahaya siang untu digunakan pada waktu malam...memasak megi menggunakan api lighter..memusingkan kipas menggunakan angin mulut... melukis kat udara... mencabut pokok besar kat depan rumah... menolak bas kilang kat depan rumah.... menikam air laut biar putus... menghirup angin supaya cepat kenyang.... 





ko tau tak apa maksudnya yang aku maksudkan?




Untuk keskian kalinya apa yang aku buat aku rasa SIA-SIA..




kalau taknak layan aku macam orang yang kau kenal pun...
layan aku macam manusia... manusia! 

Oct 11, 2010

berlalu sahaja

dan masa itu berlalu sahaja...

membiarkan rasa indah tergantung bagai cita yang melangit..

yang hadir hanya rasa sedih, resah... dan mereka bisa bercampur...


danmenjadikan aku gusar.. dalam duduk dan diriku...

yang jadi aku lelap dalam sedarku...

yang jadi aku bungkang dalam lelapku...

simbahkan sahaja aku dengan air paling sejuk...

biar rasa mati ini...

hilang sampai temulang hitamku...

itu adalah engkau... yang mengembalikan rasa indah itu...

ketika masa itu berlalu sahaja...

Oct 6, 2010

bila dia sedar anda bertenaga negatif

Salam...

Aku pada dasarnya, tak suka keluar ramai2... Yap, the more the merrier, tapi kalo ramai sangat, banyak kepala yang nak nak diikut..Dan banyak hati yang kena jaga... Betulkan, setiap  individu mahukan kemahuna mereka dicapai... Kalau hak dan prinsip mereka tak dicapai... mula lah, masam muka... aku pun macam tu... Tapi takdelah samapai nak emo sepanjang masa.. Dan satu lagi... Kalau nak kelur ramai2 dan janji nak keluar ramai2 peganglah prinsip keluar ramai2.. Dan buat satu benda.. biarlah ramai2... Taknaklah ynag terpinggir... Itu yang aku paham dengan konsep keluar beramai...

Bila keluar beramai-ramai , aku tak kisah untuk mengalah nak bagi matlamat orang lain dicapai... Aku pulak akan usaha nak mencapai matlamat itu juga... Tapi kalau dah tak dapat capai, rasa2nya diterima kot aktiviti lain.. Aktiviti yang membolehkan kita lakukan something bersama-sama... Aku tengok yang lain ada dah meminggir diri.. Yang buat tak tahu, yang nak tanat je gamaknya... Yang kononnya eksaited ni carilah tempat nak capai jugak matlamat asal... Tapi, tak dapat jugak... Then , berbalik pada ,matlamat alternatif balik... Tapi, orang lain masih lagi dengan meminngir diri, yang buat tak tahu, yang nak tanat je gamaknya... Bila ditananya soalan... Jawapan yang dikasi acuh tak acuh je...

Aku pun mula berkuasa negatif, mencari satu sudut nak meminggir diri... ank mencari solusi terbaik.. Nak tenangkan jiwa sebab menerima jawapan yang tak baik... Tiba2 datang lah seorang kawan, anatara mastermind dalam plan keluar berama-ramai ni, datang bgtau "kitorang taknak matlamat alternatif dicapai nak matlamat utama dicapai, takpelah kalao korang nak matlamat alternatif dicapai, kami ke lain., sebab kami nak matlamat utama kami dicapai'... maksudnya macam, biarlah mereka dan mereka dan kami dan kami... Takde dah time tu semua menjadi kami...bagaikan nak terasing..

Aku dah memang mental tyme ... ada juga nak kena sepat .... baik aku blah, pikirkan tempat nak mencari erti bersama balik denagn menacapai matlamat utama tadi... Pikir2 punya pikir dapatlah tempat... Dan2 je, dapat tau nak pergi matlamat alternatif balik... Aduh! Sakit mental lagi tambah berkecamuk... Aku rasa mereka marah dengan tindakan aku tadi... Dan aku pun marah dengan tindakan mereka.... Semua marah marah.. dan menang adalah setan....



marah

setan menang

marah


setan menang

dan aku mula memberi jawapan yang negatif , yang acuh tak acuh, yang nak tanat je gamaknya...  diorang tak sedar ke sebelum tu diorang pun memberi jawapan yang sama pada aku... Ironikan, kesalahn orang lain kita ukur.... kesalahan diri kita sendiri... letak tepi... Aku akur  je lah, aku yang salah... aku ikut pun sebab kawan aku yang sorang ni..

tapi itu mesti belum cukup untuk menguji hati2 kami....

dan tuhan satukan kami dengan jatuhcinta... Kerana tuhan sayang kami... Dan kami menjadi kami seperti awalnya, semua matlamat kami tercapai... Untuk tetap... MENJADI KAMI!

Sep 27, 2010

iklan

"it is good to know if there is friend who has willingness to be right here in convenience and hardship.. because i'll do the same t thing"

Sep 7, 2010

Salam dan Selamat Puasa Semua~

Kita duk bangun sahur pastu berbukak pastu  bangun sahur pastu berbukak pastu bangun sahur rupanya dah nak habis dah bulan Ramdahan kali ni.Tau2 esok lusa dah nak raya dah. Alhamdulillah, jikalau ade walkers blog ni yang masih baca blog aku. Aku doakan kalian selamat menjalani setiap ibadah dalam bulan ini dan berikutnya... Amin~~


Kalo dengar radio tyme hujung bulan camni, semua cerita cerita pasal raya.Bukak tv tgok iklan raya dah berlambak ditelanjangkan.Aku terdetik terbaca pasal iklan raya TV3.Mamat yang komen dan analyze every single metaphore dalam isu tu sangat nak-tunjuk-pandai pada aku. Ya, aku setuju tentang iklan tu macam krismas.. Dia punya peneranagn macam every single things dalam tu ada maksud tersembunyi. Wa tabiklah orang macam lu. Kerana otak lu bijak dimanipulasi.

Punyalah semangat dia komen part pertama iklan tu yang pondok tu melambangkan kemiskinan, malam tu kegelapan, budak tu budak melayu islam, dan macam2 lagi. Sebenarnya otak dia yang interpretasi sesuatu dengan pandangan yang nak-tunjuk-pandai. Boleh nak tunjuk pandai tapi jangan over tunjuk sbb ia akan menimbulkan sisi bodoh kamu kerana kecerdikan yang melampau.

Anda yang bijak janganlah terus terikut denagn apa yang dikhabarkan, orang yang bijak mampu berfikir dan mengkaji. Kalau benar ada unsur sedemikian yang dimaksudkan mungkin ia hanya kebetulan. Kalau sengaja sekalipun, ada perlulah bijak mengiterpretasi benda tesebut. Tukarkan jadik positif. Jangan obses sangat rujukan persendirian sebab dia juga manusia, bisa lakukan kesilapan.

Aku tak cakap yang mamat tu pandai bagai dan tak cakap yang mamat tu tak pandai.Semua pada hemat anda. Anda mampu memikirkannya.

Sep 1, 2010

it is not red, it is blue

i just saw you,
you re smiling,
mumbling something..

you were there..
 and i was here..
is it really nothing between us...?

because, i realized...
i was not staring by the eyes..
but the heart...
and is this damn thing called LOVE?

if it is..
i was sorry...
i was just into you...
and i really was...
 
thehandthattyping

Aug 31, 2010

Merdeka, Merdeka Malaysia

Salam semua dan Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia ke53 semua...
Hari ini kita masih merasakan kemerdekaan .... Itu yang kita perlu syukurkan .... Insyaallah , kemerdekaan ini kita sama2 akan kekalkan untuk generasi akan datang... Satu Malaysia..

Aug 30, 2010

Iklan untuk yang kuat disana

Hari ini aku solat terawikh di Surau kontoversi , surau Al-huda,kajang.. Malas nak komen panjang2 isu ni... komen aku cuma... 

Sila perkasakan ilmu didada, sentiasa berfikiran rasional,dan husnuzon lebih2 lagi bulan yang mendidik peribadi anda ini...Sila asingkan dalam benak antara polemik politik dan agama.Jangan cari isu dalam semata-mata .

mana keperkasaan anda ketika sayangcintakita dibakar.. Mohon tersenyum semua...

Aug 27, 2010

Bila adindaku cuba bunuh diri..

Sesiapa ada baca, surat khabar sehari lepas ada terbaca berita pasal seorang wanita nak bunuh diri sebab putus kekasih kononnya...owh mestilah aku tak kenal dia... Nak baca, hambik kat SINI ..Ish, aku tak taulah agama dia kan... Cuma aku nak komen lah skit..Sebelum tu baca hadis kat bawah ni..Untuk penerangan yang clear..

"Hadis riwayat Abu Hurairah ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, maka dibukalah pintu-pintu surga, ditutuplah pintu neraka dan setan-setan dibelenggu Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim: 1793" 
  
Berbalik pada apa yang aku nak komen...Dah terang2 bunuh diri tu ko masuk neraka... Ada pulak nak cuba bunuh diri time bulan keberkatan camni.. Ish3, adinda,semua pintu neraka tertutup , orang mati bulan ni semua masuk Syurga..adinda  nak bunuh diri, adinda ingat boleh masuk syurga... Sabar ea.. Tunggu pas raya.. Tapi kakanda rasa adinda dah rasa bagaiaman sakitnya mati.. Tak berani nak mencuba lagi kan.. Sabarlah, tunggu malaikat laksanakan tugas buat adinda ea... 

Salam puasa dari kekanda.. kekanda dah beli sluar nak buat raya.. daaaaa

Aug 26, 2010

aduh saudaraku Indonesia... Tunggulah ea...

Salam dan selamat berpose...

Semua hak mereka..
Kata mereka kononnya,
Dari rendang, ke tarian, ke puisi rakyat, lagu negaraku, kemanusiaan...
Siapa dalang dalam kalangan mereka...

kalau mereka bertindak begitu...
Membakar maruah kita kononnya...
dan mereka tetap sentiasa dan masih di pihak yang benar yang membenarkan kebenaran...
Dengan prodruk yang produktiviti tinggi yang menghasilkan nasionalis berjiwa nasioanalisme dan besemanagat patriotik dalam setiap rakyatnya...

Mereka yang terbaik mungkin, dalam mencipta hiburan, dalam mencipta kemaksiatan, dalam mencipta kesasatan...

Tunggulah saudara serumpunku Indonesia, Tuhan itu ada ...
Tengoklah apa yang Tuhan balas daripada kemarahan mu...
Kerana kamu syaitan gamaknya...

Dalam bulan keberkatan, tiada iblis syaitan menghasut dan meggoda...
Amarah kau lagi besar... Tak perlu syaitan..
Nafsumu membuak...

Ish3... sabarlah saudaraku Indonesia..
Kelak datang lagi bencana untuk mu...
Di matikan manusia berjiwa soleh dalam kalangan kamu...
Biar mereka tidak hidup untuk membinasakan manusia...
Dan polan seperti kalian..
Sentiasalah memijak, membakar, mengutuk...
Kerana itu kebodohan kalian...
Terbukti!

cakapkecil: nak tulis pendek... tertulis panjang... Nauzubillah...

Tuhan beri hadiah yang lagi bermakna...

salam .... Dan selamat pose..

Ingat lagi tak ending episod entri yang mana kau jadi seorang pemerhati profesional... Ni n nak sambung lah ni...

makin aku besar panjang... Aku pun cariklah tempat sendirik untuk main2 mercun .. Mujurlah anak mama aku dah pandai menderhaka main mercun.. Mereka ni baya2 aku lah... Kitorang pun g serang berapa rumah..Tapi kbnyakan mercun yang kitorang main lepas raya lah... Sebab baru ada dwet nak belikan mercun tu.. Yeah...

Bila dah   besar panjang , adalah aku beli sket2 bunga api bukan untuk main...untuk  adik2 aku... Aku beli berpaket pandailah dowang nak menghavockan malam raya diorang... Takkan aku nak join sekali kan... Sekali lagi aku jadik pemerhati profesional tapi kali ini, perasaan dia lain bai... Rasa bahagia je... Sebab dapat tgok adik sendiri main... Takdelah downag loser cam aku.. Pastu, aku siap ajak   anak2cucu2 jiran aku main sekali .. main plak depan umah aku, lagi aku bahagia... Dapat tgok bebudak main, takpelah habes dwet pun.. Ironinya, rumah aku yang nampak meriah ... hahahhahaha...


Tahun2 beganti tahun, kakak aku terberanak plak, banyak anak sedara yang kecik2 kat rumah aku... Aku lagilah suka, Aku yakin nanti suatu hari raya mesti rumah aku meriah cam rumah jiran2 aku... Dan makhluk2 inilah perintis kemeriahan ... Yeah!




paling besar, paling manja
Paling ganas, pantang ada benda atas meja ... dia tarik..


Paling bulat, aku pasan sumthing, everytime dia gatal2 badan.. aku pun gatal gak..

Yang blur ea, bukan yang clear, paling touching



Paling selamba, boleh dia tidur orang tgah bising2...

Nanti besar semua jangan derhaka ea...


Cakapkecil: malas nak cerita panjang, ko hengat ko artis orang nak baca cerita kau.. Hadahakukesah... Ko tanat baca ke nak baca ke... Janji mak bahagia noks... mcm azwan ali shial...

Aug 23, 2010

hasad engki waktu kecik

Salam~
dan Selamat Pose Semua~

Nampak tak kejahatn aku waktu kecik2... Banyak lah jugak yang aku dengki... tapi time2 nak dekat raya(tolong angguk semua) ni aku nak cerita suatu kejahatan aku dahulu kala... Takdelah jahat pun sebenarnya, baik je... Gila kau nak jahat masa kecik2...

Aku just dengi je(takpun cemburu) dengan jiran sebelah rumah aku... Masa umur dia 9 tahun dia dah ada belasan anak sedara.. Pantang nak raya je satu rumah tu bising gedabai , meriah siot... Tiga hari sblom raya dah jadik macam malam raya dah, bila malam raya macam diorang sambut raya plak malam tu... memang happening, biasa lah perumahan kalo orang sebelah kentut pun boleh dengar kat ruamh kita... Ni kalau bising dengan budak2 skolah rendah... Memang meriah lah bai...

Malam raya, mercun banyak plak yang dowang main, pelita plak pasang keliling rumah.. Plus umah dia agak redup, kalao pasang pelita, memang cantik dipandanglah.. Naik seri orang2 tua kata...lepas tu main plak bunga api... dah jadik macam video klip.. Sebelum tidur downag dah bising nak bual2 agenda mereka pada pagi esok.. Sampailah ada suara menjerit... "Siapa tak tidur kena tinggal esok..." Barulah diorang tidur..

Pagi rayanya, rumah jiran aku memang bising, kalah funfair... Dalam bilik air nyanyi lagu raya,mandi ramai kot... Plus, kat belakang ruamh dia ada perigi.. adalah yang mandi kat situ...Sambil nyanyi2.... Huh, memang meriah... kebisingan+kemeriahan mereka tu sampailah raya esok...Pastu, rumah dia plak ramai yang datang... Tak putus2 saudara mara datang... huh, meriahnya suasana itu...

ya, aku admit, aku dengki dengan suasana itu...


Sebab masa tu, umur aku tua dua tahun dari dia... takde anak sedara.. Adik pun baru nak keluar tyme tu... Rumah aku nak bising macam tu nak bisisng ngan siapa... nagn abang aku? Huh, dia rela menghilang di malam raya... Kakak2 aku semua dah besar... Takkan nak ajak dowang mandi sesama sambil nyanyi lagu raya... Pastu mercun lak, keluarga aku tak mampu menyumbang dwet untuk mercun, adapun dwet yang aku kumpul tyme skolah, bolehlah beli mercun colok ngan mercun ketupat lima bijijk... Tu pun dah kira bagus lah bagi aku tyme tu, aku nak main bunga api ngan dowang? konpem2 tak kasi plus aku kan pemalu.. ececece..Jadik aku lah pemerhati profesional di malam raya.. Tengok saja diorang tgah main, dengara saja diorang duk buat bising... "Takpelah, nanti dapat dwet raya esok, aku pergilah beli sepaket dua" desus aku.....


..... bersambung

salah itu tetap salah walaupun kau balas apa yang dia lakukan pada kau...

Salam~ Dan selamat bepuasa...

ralat rasanya bila aku rasa bersalah aku tidak memohon maaf... Adapun aku tidak memohon maaf itu barangkali aku tidak menyedari kesalahan  itu.. Tegurlah aku.. aku tak ego jauh tidak meletakkan kemaafan untuk tidak dilafazkan...kadang-kadang aku cuba berlagak ego... Benar, ego itu membunuh aku... Aku tak dapat tidur aku tak dapat menjalani kehidupan seperti biasa... Jadi, bagi aku, aku lah pemenang bila ego aku jatuh... Dan aku harap kalian pun sama... Persetankan tempoh hari raya yang lambat lagi, sama2 kita mohon maaf , dan maafkanlah sesiapa sahaja sebelum kita 'mati sejenak'.. mana tahu, sejenak itu menjadi selamanya... Salah itu tetap salah walaupun kau balas apa yang beliau lakukan...

...Maafkan aku Semua...

ps:moga jiwa rasa tenang dalam bulan ibadah ini

Aug 19, 2010

owh cikgu ku.. comel walaupun terkantoi sebegitu rupa...

Salam~~
Selamat Puasa Semua

Ok layan cerita ini... Dulu tyme kat matriks, aku dapat cikgu bio yang sangat rajin... Aku tertarik dengan subjek biologi disebabkan dialah... Muka dia ala2 Juliana Evans gitu.. Aku malas puji banyak2 sebab dia dah kawen... Nanti orang cakap aku pervert lak...Hoish!

 Pada suatu hari dalam bulan puasa, kami ada kelas dengan cikguyangcantikini , kami semua memanglah letih mamandangkan kat kedah kalo panas dia memang panas meruap2... Kitorang satu kelas tak larat nak layan lecture beliau... ... Plus haritu dia kuat marah2 student... paham la kan , di bulan puasa yang meletihkan dengan hari yang panas kalian pula dimarah... Memang down lah..Tapi aku tidak... Aku rasa sangat terangsang teruja untuk belajar... Bukan sebab  kecantikan dia pada hari tu tapi sebab dia lain... Ada yang pelik pasal dia...  aku perhatikan dia betul2... analisa apa yang pelik... dan ya, aku dapat!

Aku tengok kiri....  aku tengok kanan.... "diorang tak perasan ke?"aku bermonolog dalaman...Pastu aku tengok kat belakang... semua muka toya je... Huh! "konpem, dowang tak perasan".. aku pun berbisik kat kawan aku, Cpun, kat sebelah...

Aku: Ko persaan ape2 tak kat cg hari ni...
Cpun: Tak larat ah nak perasan bulan2 posa  ni...
Aku: woi, tgoklah cikgu  betul2...
Cpun: woi ril bulan posa pun nak skodeng... ajak aku sekali lak tu... ko nak ganti kerja setan ke...?
Aku: takdelah setan... Ko tengok cikgu tengah kunyah sumthing.. Chewing gum kot...
Cpun: huhuhu... btullah dol... (kitorang gelak kecil2lan)..
Aku:ko agak2 budak lain pasan tak?(kitorang tgok kiri kanan belakang)
Cpun: tak kot... semua layan je...

Selepas  tu cg tu tgah hangat menulis kat whiteboard... Aku pun tunjuk isyarat kat sorang pompuan... Then dia tergelak...bila dah sorang tergelak.. berjangkit kat lain... Muka yang toya jadik ceria... dan ko nak tau... Cg tu selambabamba mengunyah sampai habis lecture...sebelum keluar dia siap tanya kenapa semua tergelak... Dan dalam keadaan mengunyah... Dia jaln keluar menuju kamar guru... Kami yang dalam kelas terbahak2... Aduh, mujurlah cg comel lote... walaupun terkantoi sebegitu rupa...

Teori makan dan besar... bukan semua .. tapi tempat spesifik...

~Assalamualaikum dan selamat pose semua~

Semalam tyme pergi bazaar ramadhan, aku tengok banyak ragam manusia... Yang time nilah nak tengok muka2 si lapar makanan dan letih bercampur baur tapi dengan mata yang terbukak luas menganalisa makanan mana yang nak dilahap tyme bukak pose... Ada pulak yang macam ni, yang kurus keding kering beli sebanyak-banyak makanan sampai tak cukup tangan nak menampung plastik rok-rak kat tangan, yang besar gedabak lak beli sesikit mungkin... comel je jalan bawak satu je bungkusan jalan buat survey kat bazar sampai tiga kali keliling pun muka dia je...(dia pun asyik pikir, muka dia(kita ) je)...yang besar2 beli banyak2 tu , biasalah... surface area besar kan....he3...

Tyme tgah tgok2 manusia dan saiz badan beliau-beliau... aku terpikir.. takde ke teori makanan yang spesifik yang memberi efek kat certain body area... are you getting what i'm getting?contohlah:-

                                                                         kononnya..

Pengambilan ayam secara berterusan (tak kisahlah part mana ayam pun, ataupun bagaimana ayam tersebut disediakan) menyebabkan perut konsumer membesar...
Pengambilan daging lembu  secara berterusan (tak kira bagaimana daging tersebut disediakan) menyebabkan perut punggung  membesar...
Pengambilan ikan secara berterusan (tak kira bagaimana ikan tersebut disediakan) menyebabkan lengan  membesar...

Pengambilan daging kambing secara berterusan (tak kira bagaimana daging tersebut disediakan) menyebabkan bahagian dada membesar... heheheheh

*gila skema penjelasan aku

*sekadar hiasan

takde ke teori macam tu..


kalo ade kan best, pemakanan kita ada hala tuju yang spesifik... kalo nampak je perut besar terlebih... kurangkan makan ayam... kalo nampak dada leper je... (untuk si dia)... lahap daging kambing banyak2 pastu terus jadik  cam megan fox.... nak je buntot mungil cam A***n atau pun kim kardashian.. lahap daging lembu bebanyak ... huhuhuhu...  nak je lengan besar makan ikan bebanyak... konpem lengan besar sebesar balak... nak je batang besar makan je batang burung banyak2... (lepas konpem gagak2 kna tembak oleh lelaki2)...




now, are you getting what im getting...?

dapatkan... mudah je, aku pun kan amalkan pemakaian diet sebegini...  ambik certai2 makanan je... sekarang perut aku membesar tapi, so aku kurangkan pengambilan ayam.. mudahnya... yeah aku dah ada hala tuju dalam diet aku... pastu semua orang amalkan ... dunia tanpa penyakit... pastu dR rozmey terus botakkan rambut sebab dwet2 dah botak sbb produk tak laku..

im just wondering....

oklah , tu je yang aku nak merapu pagi2 buta ni...harap korang tertaksub denagn teori aku...

Selamat pose semua....

cakapkecil: aku tau petua2 baiiiik punya... nah ambik ni... lelaki jangan makan timun tapi makan bawang banayak2... ni teori Dr Oz.. dan pompuan makanlah tonggeng ayam dan tengkuk ayam... bnda2 ni bagus untuk seksualiti kalian... selamat beramal

Aug 11, 2010

risau ramadhan

~assalamualaikum~

aku start Ramadhan tahun ni dengan tak tido-tido sampai skarang...
bukan sengaje ..
 seyesli aku ngantuk...
tapi takleh tdolah bai...
Camana ni? Sahur pun tak larat nak telan banyk2...
Setakat dua mulut kurma je ngan air 'Bio-aura'...

Aku jadi imsoniac balik semenjak minggu lepas..
Tak tidur selepas pukul 4 pagi tak sah... 
Pastu merebak ke pukul 6... 
Tu pun kena tahan takut terbabas suboh...

Tapi kali ni...lain sikit badan aku buat hal...
Punyalah ngantuk semalam...
Nguap tak berhenti-henti...
tapi masalahnya tak boleh tidur sampai sekarang
 Apa kebenda gamaknya masalah kat badan aku ni... Huh!

ni sapa yang doktor wannabe boleh tolong terangkan...
termasuk medical-field student kat MESTECH...
ape masalah aku...?

sapa yang dapat jawab... aku belanja eskrem...

Aug 10, 2010

aku dah tukar layout...

Aku tak tido semata-mata nak tukar layout...aku kasi kaler2... sikit biar mata kalian terbukak luas... adakah agak kelihatan gampang layout ku? owh, persetankan... yang penting... kalian LAYAN...

selamat suboh semua... aku nak tido...

KEMBALI



Assalamualaikum

pergh... banyak gila sawang... tyme tgah cuci ni ade lak kangaroo lompat lari... ade ke beliau buat lalang kat blog aku ni sbgai tmpat persembunyian... binatang betol kangaroo itu...( tengok... aku merapu... dan tulunlah berhenti).

 merujuk pada entri kali ni...aku bukan meniru tajuk album butterfingers ea kalo ade yang kononnya kipas-susah-mati Butterfingers kata aku tiru band ni dan marah-marah aku walaupun dengan kaver album pun aku taruk sebagai hiasan... lu jangan buat hal... gwa marah ni lu ingat lu ja boleh marah..(sambil angkat kening)..

dah3... aku nak start mencarut banyak2... ni konon entri mukadimah sekembalinya aku... pe2 pun... Selamat menjalani ibadah puasa... harap semua termasuk aku tak tergoda dek nafsu serakah bersempena bulan yang amat mulia ni..(ko jgn salahkan setan, kalo ko buat salah ea sheetaaaan)... kalo ko buat salah ko ukurlah sendiri (bak iklan GARNIER) tebal mana ko punya nafsu... pastu taubat2lah cepat... sebelum mengundur diri...

Marhaban ya ramadhan~

cakapkecil:nak tukar layout... lutebhodob btul tuan blog ni... tukar lay out.. tak gheti2...

Jun 13, 2010

Nak tukar LAYOUT...
Syifa' ajar ite skang...
Dah banyak kali buat ...
tak jadik2...

Jun 3, 2010

sediakah aku?

Badan tak pernah hilang letih dan lenguh... Nafas pun tak pernah tak termengah-mengah..Sakit tumit kaki aku rasa takkan hilang untuk waktu dan ketika ini... Samalah dengan Tulang belikat yang melekat dengan bahu aku... Pedih, amat sangat... Tapi itulah musibah nak jadi seorang pemain untuk Mestech. Dua gaem yang melibat tangan kana aku... Hoh!

Badminton- Aku katanya kna main single. Pergh, dengan fizikal sebesar belon udara nak main single... Larat tak... aku cepat letih dan agak susah nak top up energy.. Tapi, bila aku pikir betul ke jalan yang aku pilih... aku bagi jawapan balik.... Kau dah mulakan... Tamatkan ajelah... Keputusan itu kau letakkan ke tepi... Amacam? panjang bagai tak aku punya motivasi... aku sebenarnya terpikir gak nak main Volleybal... Sebab volleyball tu seronok ... kalau kat luar court kita tak pernah cakap... Dalam court kita jadi kawan yang sangat rapat... Itulah kelebihan main bola tampar, yang takde persefahaman jadi sekepala bila dalam game... Tak percaya...? cubalah... tapi, malangnya aku pilih badminton.... persetankan volleyball!... Kononnya aku ada passion dalam badminton... aku pun tak tahu apa punya segamat eh semanagat yang meresap aku untuk main badminton... Takpelah... raket dah beli... harap2 ada lah chemistry aku dengan raket aku tu... Menang kalah no 2... effort aku itu aku harap tak mengecewakana pihak yang lain... Satu lagi... Aku purely, totally, tremendously beginner dalam badminton... Tu yang agak down sikit... Lebih2 lagi dua minggu lagi nak ada Karnival Sukan Unikl kat BMI... lagilah berdebar tahap cipan...


Boling- Ni satu lagi bahagian yang aku take part... Masalahnya, balingan aku tak konsisten.. Dah lah straight punya balingan ... Tak pernah konsisten ... Punca masalah... Aku takatau... Sir Jude trainer aku merangkap lecturer... Mujurlah dah dapat adapt cara dia dan agak 'kenal' dia... Setiap kata yang mengguris hati... Aku take it positively, that he is... and my part... must respect him... Walaubagaiamanapun cara dia...

Bilalah nak dapat average>160... tak dapat2 sampai sekarang.... Aku pun tengah cari momentum dalam balingan aku... Tak jumpa2 samapai sekarang... Yang ni pun menggetarkan jiwa dan sanubari aku...


Tak pernah tenang pikir dua benda tue.. Tu lah kau... Nak pulun sangat... jadi tanggungjawablah atas pulunan anada .. Yeay...

Kepada sesiapa yang volunteer nak menjadi persobnal trainer untuk badminton... Be my guest... i really wanna know... how far i can go, my weaknesses . and my limitations...

Esok nak balik Besut... Family adakan kenduri untuk anak sendara yang bernama Zara Nur Syafriena... aku panggil dia everytime dia nangis... Top Man... Gucci ... Prada... Jefferson... Dan macam yang terkeluar dari mulut...Oklah, dah merapu banayk sangat... Azan pun dah berkumandang menandakan masuknya waktu maghrib bagi Kajang dan sama waktu dengan nya...

sediakah aku?

May 31, 2010

Apa kata kamu?

aku tak tahu nak tulis apa dalam blog aku...
aku nak cerita kan pasal seharian hidup aku...
konfem2 takde yang nak tahu pun...

Pasal benda-aneh-bernama-cinta?
lagi lah mustahil... sebab sapa nak tahu pasal cinta aku...

Pasal ilmu?
Aku nak kongsikan sedikit ilmu.. kalau aku menyampaikan dapat lah sikit2 untuk bekalan... tapi apa aku nak tulis..

Pasal zionis Israel yang serang kapal bekalan untuk gaza?
Aku hanya mamapu katakan, kita doa sama2.. Kita menangis sama2 dalam doa kita, kalau boleh, kerana air mata mampu jatuhkan ego kita sebagai hambaNya.

pasa apa ya?




..............

Aduh, aku mengarut lagi...

dan dengan bangganya... Aku rasa nak berhenti blogging...
apa kata kamu?

May 28, 2010

polan-polan dunia

Tersenarai untuk kesekian kalinya... bila aku lihat balik hidup aku... renungkan balik nawaitu2 aku dalam setiap laku... pergh, noda itu hanya menghitamkan hati aku... perasaan usnuzon aku dambakan... biar di mata mereka aku sama seperti mereka.. hanya polan2 dunia yang kagumkan keduniaan... dambakan kebahagian akhirat tapi kadangkala lupa laksanakan tanggungjawab...

Demi tuhan, aku bukan harapkan pujian keanakan dari kalian,mahupun perasaan cinta yang memaksa kau agungkan aku... aku hanya mahu kenali diri aku... sejauh mana yang mampu aku berlari dalam fizikal badan seperti ini.. berdamping dengan kalian membuatkan aku sentiasa menjadikan kalian sebagai sorakan semangat untuk aku... keghairahan dari wajah2 kalian memberikan suntikan semangat untuk aku... tawa riang kalian menghilang setiap sedih,letih dan pedih badan aku... tapi, kita tetap juga manusia, tuhan hadiahkan perasaan.. Tuhan lahirkan perasaan negatif..

minta jangan melatah andai terdetik perasaan benci melihat figura ini senyum , gembira , sedih, mengada-ngada, melampau, kurang ajar, pesimis, takbur, tamak , haloba, durjana, celaka, konservatif, pendek akal, bodoh, kabut...
.
.
.
.
.
.
.
.
sayang...


aku tak mampu menghalang perasaan itu hadir dalam jiwa kalian... tapi, jangan lah buntu melihat orang, menghakimi itu hak kamu... tapi menghukum itu hak tuhan... Ketahuilah... jiwa-jiwa kita berpaut pada hati kita... tenangkanlah jiwa tersebut... kalau ada firasat dendam , benci dan marah.. padamkanlah sahabat... sebelum perasaan itu hitamkan hati kita ini... biarlah polan2 dunia 2 seperti kita sentiasa ingatkan... kita ada Tuhan, Allah namaNya...

Astaghfirullah...

cakapkecil:nauzubillah terhadap perasaan hitam yang mampu gelap kan hati... kalau ada perasaan itu... harapnya cepatlah aku tarbiyahkan diri... amin...

May 21, 2010

SHREK is SHRONOK


Best ah citer Shrek, Sebab terlamapu SHRONOK... aku tergelak tak ingat dunia dalam wayang... Tengah2 gelak ada lak owg tegur aku gelak melampau...
Aku diam jap... ambik teguran dan telan... lepas digest dan kuarkan melalui anus ku...
Aku gelak balik....

HAhahahahahaha... Wei, aku bayar tiket ah... Bukan pakai dwet kau...! Kau nak marah apahal.. Sebab ko marah, aku gelak lagi tak ingat semesta... Haah! ape? Ak ah, wayang tu bapak aku yang punya.. Ko tak tahu ke... Pehal2 SHREK 4 best!... tak sia2 aku senaraikan cerita ni sebagai CERITA-WAJIB-TENGOK... Hahahahaha.. Hahahahah.Hahahah....

May 17, 2010

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA YANG GURU YANG CUBIT . ROTAN. KEJAR-TAK-DAPAT.HALAU-KELUAR-KELAS-SEBAB-DAPAT-RESULT -RENDAH.SURUH BERDIRIATAS KERUSI. BAIK HATI.SUKA BELANJA. CURI2-KELUAR-MAKAN-WAKTU-MALAM.PENYAYANG.DAN SAMA WAKTU DGAN NYA TERHADAP AKU DAN SEMUA ANAK DIDIK.DARI TADIKA SMAPAI MENARA GADING. SELAMAT HARI GURU.

termasuk dua kakak aku yang cikgu-cekgi

semalam sepatutnya ... tapi hari ni baru rajin..

cakap kecil: gila teringat lagi kna baling duster kat atas kepala oleh cg Husnizah..Cg math masa darjah lima

untuk waktu ini...

Minta dipermudahkan segala urusan rohaniah dan lahiriah. fizikal dan mental. minta dijauhkan segala hasad dan kemaksiatan . minta didekatkan dengan ayat2 dan doa. minta hati ini sentiasa ikhlas memberi dan menerima. mintak jiwa ini sentiasa tenang tanpa amarah.

sebab marah itu api. api itu syaitan.syaitan itu marah.marah itu api. api itu syaitan. api itu marah. marah itu syaitan

atau dengan formula yang lebih mudah

syaitan=api=marah

May 9, 2010

Ma

Those things always make me remembering you....

Dia takut untuk melihat suaminya berdosa... Dia bangun pagi pergi sarapan denagn suami nya... tapaukan makanan untuk mertuanya... Biasalah, ego anak lelaki... Tapi dia sebagai isteri akan mandikan mertuanya... Basuh beraknya waktu pagi.. Sapukan bedak... Dan pakaikan baju... Bayangkan mertuanya seorang yang besar. Sains takrifkan sebagai obese. hidup takrifkan dia sudah tua... gabungkan dua perkataan itu.. Anda bayangkan lenguhnya..

Dia takut untuk melihat anaknya derita... Dia usaha untuk tidak menyusahkan anak-anaknya... Hanya yang mahu dikongsiakn hanya kebahagiaan.. Aku demam denggi tahun lepas.. Tak mapau nak buat apa... Lemah sanagat... Dia bertolak dari Kampung Ke KL menaiki bas.. Semata2 nak jaga aku... Pastikan aku telan walaupun tak kenyang... Temankan aku ke hospital.. Untuk ambik darah... Carikan aku ketam dan buatkan sup.. Sampailah aku sembuh... Dia pun balik... Itu aku, kakak aku... Dialah yang teman kan setiap dari mereka ketika dalam hospital ketika sakit... Sebab ni blog aku * aku tanat citer banyak pasal kakakkakak aku...

Dia lah anugerah terindah... Dialah ciptaan terindah...
Buat ma aku...
Selamat Hari Ibu





Hari yang meletihkan tapi menggembirakan



Dengan nama Tuhan yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

8 May 2010- Bertolak pulang ke kampung dengan Kakak Sulong dan bakal-abang-iparku (cheit!).. Perjalanan yang amat meletihkan sebab tidur semalam tak lena... Pagi2 kemasakan rumah dan bilik yang bersepah bagai... Dalam kereta just tidur.. dan2 dah samapi raub... Pergh lama shial aku tidur... Bagus gak malas nak dengar kakak sulong aku bermanja-manjaan dan bergeli-gelian kata kat depan... Aku rela tidur... (malas nak bercerita )... Dan akhirnya aku sampai hospital... Sebab ma & pa aku ada kat hospital... Then, baru balik rumah sebab driver mengantu... dan sebagai tetamu... Beliau berhak tidur...


9 May 2010- bermula pukul 12.30Then , aku balik mandi sebab tak selesa ... Kegatalan satu badan merimaskan aku..(ni kerang buruk+busuk+tak sedap punya pasal... Damn u!... sampai ari ni aku gatal.. dan ia menyeksakan aku) . Lepas mandi + solat dan kacau Qaleesya ( anak sedara yang baru join family aritu) dengan memastikan beliau menangis... Aku kejutkan mak dia... Bagitau, anak menangis sebab aku kacau...(dia tak marah, sebab rindu kat adik dia punya pasal) Dan grab kunci kereta ... Gerak balik ke Hospital.. Nak temankan mak aku... Dan ini pengalaman pertama menunggu orang nak beranak... Sebab tu pergi join... Lama-nak-hidup kakak aku dalam labour room... Dari pukul 1.30 pagi sehingga pukul 4.45 pagi.. dalam janagka masa tu... Macam2 aku dengar orang2 tua kat situ berbual... Pergh... Ngantuk dowh.. nak terlelap jap.. Pastu tersedar... Abg Ipar aku engna muka cloud-nine + seventh heaven datang... " dah keluar dah, perempuan"... Aku dengan gembiranya.. Sambung tidur.. Sebab super duper ngantuk... Bangun2 je... Ucap Al-hamdulillah... Dah dapat pun baby( Durasi aku tidur selepas dikhabarkan berita adalah dua jam... Bangun je... Terus ucapkan Alhamdulillah)

Then, balik rumah , pergi sarapan dengan ayah aku.. Pekena kopi kampung terbaik abad ni..dengan roti canai denagn kuah sardin.. Balik rumah tersu tidur samapai pikul 12.30...
Maka aku dalah orang paling sibuk hari ni... Sebab malam nya... Nak adakan kenduri cukur untuk Qalesya dan kesukuran dapat Baby sorang lagi.. Mak aku tidur sekejap sangat... Sebab dia nak siapkan Nasi Dagang dan pulut untuk majlis pada malamnya... Semalam , dia tak makan dengan selesanya dan tak dapat tidur dengan selesanya, selagi tak dapat beriat pasal Baby... hari ni, sibuk lagi pasal Majlis pada waktu malam...

9 May 2010- Selamat Hari Ibu Ma... dalam satu hari ni... Aku tengok how hard my mom try to be .... Dia tak pernah cukup tidur buat seketika ini.. Banyak benda dia tgah pikir... Yang lain kau nak ceritakan kat another entri... Special to my Super Mom...





memberkati kehadiran cahaya mata

Ni lah kilang yang bertanggungjawab... teehee
Anak sedare yang no. 3.
Suap sket dengan kurma..



Mmmm... macam ni lah...

Okey ...Tu je untuk setakat ni...

Buat Nur Qaleesya Zuhera bt Muhammad Hazri...
Sila sayangi aku sbg bapak saudaramu...
hehehhehe..



May 7, 2010

Nak merapu jap...

Bnayak benda aku nak ceritakan sebelum berlepas balik esok pagi..
Lepas exam ni, makan je manjang...
Dari Popeye ke Soursoup Iceberg+Popcorn Ayam Snak kat KLCC ke Pepper Rice+ABC kat Mid..
Camnilah, bila kemaruk nak melantak kat IKEA tak menjadi...

Esok dah nak balik... Tapi entahlah, aku rasa ada sumthing tak selesai..
Aku pun tak tahu apa....

Nak kata sebab tak tgok BELUKAR, mustahil sbb takde lah teringin sgt... Nak tgok cerita tu sbb Jason Chong yang arahkan...( sbb tgok trailer dia best)... Tu je...

Takpelah... Tanat cerita bab tu... Ada seorang kawan aku cakap... Aku suka tgok cerita Melayu...
Filem2 melayu buka nya sedap sangat... Dah lapuk dah idea.... aku senyum dan diam je... Tak nak gegaduh lelame sbb lama tak jumpa dia... Teehee...

Aku akui filem2 asing memang best... Lagi2 hollywood... Tapi kadang2 apa yang mereka sampaikan luar dari kewarasan manusia... Sesuatu yang mengegam angin... Faham tak? Macam imposibbly impossible... Mengarut... Plus, kebanyakan nya semua dah klise' dan sgt typical... Macam hari tu bila aku lepak tengok cerita Iron Man... Sgt typical lah cerita dia... Lepas tu dia punya teknologi macam melampau... aku pun tak tahu apa aku nak komen dengna cerita ni... Yang best sebab ada lawak nagn cara dia deliver cerita tu je... Tahun ni, filem barat yang aku rasa macam.. Wow.. dua je... (Avatar tahun lepas kan?).. Book Of Eli dengan Sherlock Holmes.. Yang lain sgtlah macam biasa... Yang gempaknya, sebab efek je... Hoish!

Pasal filem melayu, Aku tak tengok semua cerita... Aku tengok filem yang aku rasa boleh mendidik jiwa boleh menyebabkan aku berrfikir... (dan ada Pajula... teehee) Yang paling bangang dan menyakitkan hati, Lu Pikirlah Sendiri ... Aduh... Kenapa lah ada filem macam tu... (Baik simpan tayangkan untuk hujng minggu... Takpun tayangkan kat Astro warna... takpun Ceria..)
Mujurlah, Profesor Madya Mohaideen Abdul Razak (lenguh jari taip nama dia) .. tak keluarkan filem selebat dulu... Kalau tak ... naik bergegar bulu idung aku... Aku pun tak tengok cerita anak-yusof-haslam, Syamsul Yusof walaupun orang cakap filem dia menarik yang terbaru ni... Sebab aku tak boleh terima cara diorang sampaikan dialog.. hehhehe...
Tapi aku rasa fielm beliau yang baru tu sedap kot... Sampai hari ni ... Tarikh ni... Ada lagi filem tu kat KLCC... Pe tajuk dia? Evolusi Kl Drift... Macam tu lah...

Kawan aku tegur aku sebenarnya, sbb aku excited tunjuk trailer Lagenda Budak Setan... nak tengok cerita tu.. Tapi segan lak nak pergi sorang2... Aku nak ajak sapa ea? Tapi memang teruja abislah... Aku masa umur 9 Tahun aku baca buku ni... Darjah tiga... Kakak aku punya... Baca memang layan... Tapi tak feeling sangat sbb umur bape tyme tu... tapi bila form one... carik balik novel tu untuk temani aku tyme bulan puasa... Tyme tu mmg Feeling habis... Tak atahu nak sampaikan feeling camana? Tapi mmg feeling ah...

Masa form two... Aku baca Katerina... Sambungan cerita Lagenda budak setan... Memang layan habis, camana Katerina nak cari hidup baru... blablabla.... Yang mengujakan aku.. Dalm filem LBS... Fazura jadik Katerina.. teehee.(Taruk Ayu ngan Lisa ketepi jap).. dalam buku Katerina .. Katerina dah tukar gaya rambut dia... Jadik ala-ala Aeon Flux... Ni rasa semanagt nak tengok awekku di layar ni... Rambut baru lak... Mesti lawa tahap kebambang.... Teehee...

Sebenarnya, yang atas tak penting pun... Yang bab Fazura tu yang penting... gegeeggege...

cakapkecil: persan tak peminat NOvel Ahadiat Akashah... Cerita dia buat tak pernah habiskan? Yang habis aku rasa... Kejora je.. Tu pun mamat tu mati kesejukan dalam Salji... Takkan nak sambung lagi mamt tu jadi Edward Cullen lak kan?

Well, I'm off to Besut... Be back for training... See you guys soon...