Kepada Kau,
Assalamualaikum , aku harap tiada sehelai mahupun sebaris mahupun seperenggan mahupun seisi tinta ini meloyakan tekak kau. Bagaimana keadaan kau? Sihat ? Aku doakan kau sihat.Aku pertamanya nak minta maaf kalau kau melihat aku bagai syaitan memeluk ego aku. Membiarkan tiada ucapan salam antara kita diterbitkan. Tiada secalit senyuman berbalas dilemparkan..Tapi kawan, aku belajar itu semua dari kau.. Belajar supaya aku bukan aku buat waktu ini..tetapi yang tampil di depan kau adalan manusia bergelar polan.. Sebab pada aku kau yang tampil di depan aku bukan kau. Juga si polan sama dengan aku. Bila kau berlagak ego, aku berlagak ego.Itu refleksi biasa luar biasa yang aku mampu berikan buat kau.Tiada siapa mahu mengalah barangkali kali ini. Jadi, aku kau takkan selesai. Yang selesai adalah senyuman manis plagiat ciplak dan memang haramjadah... Oh maaf, aku terkasar bahasa...
Kawan..
Kalau kau nak ego tolonglah janagan melampau, aku takut aku akan refleks dengan reaksi kau. Kau juga suka menipu ea... Tapi aku anggap itu mungkin gurauan kau.. Tapi kawan , kalau kau nak bergurau , maksud aku menipu ,pasal benda maca ni, kau fikirkan pasal orang lain.. Bukan dengan aku, tapi subjek yang kau gunakan itu menipu... Biarlah dia dengan ujian itu.. Dan izinkanlah aku berdoa untuk nya.. Kau sayangkan dia kan? Kalau sayang , izinkan aku berdoa atas kesejahteraan Nya. Jangan jadi bodoh dengan memperbodohkan situasi yang memang bodoh antara kita. Kalau tetap mahu hidup dalam kebodohan ini jangan melibatkan orang lain maksud aku subjek tersebut. Aku tahu dia memang bijak.
Kawan
Biarpun berbeza pun fahaman kita tapi Islam itu satu dan benar, kebenarannya juga adalah doa itu senjata umat Islam. Aku bukan nak sibuk setiap urusan peribadi kau tapi aku sekarang menanggung dosa saudaraku sendiri kawan.. Sudah sekian lama tiada indikator kau berbual dengan Teman mu nun jauh disana. Sudah cukup lama, berbuallah, sudah lama Temanmu itu menunggu. Benar, aku bukan jaga bawah kain kau, tapi bagai saudara di mataNya, kewajipan kau ke atas aku adalah kewajipan aku atas kau.
Kawan,
Mari sama-sama berikhtiar, tapi kalau kamu masih enggan bersama aku, masih ego dengan aku.. Tidak mengapa. Aku doakan kesejahteraan dia yang kau sayang , semoga dipermudahkan urusan,semoga sentiasa kau dan dia bahagia semoga ikhtiar kalian berjaya. Dan engkau, hanya ini yang aku mampu lafazkan, Uhibbukafillah.Semoga baik-baik saja antara kita hendaknya..
Assalamualaikum, kawan-luar-biasa
Kawan kau yang tulis,
kap.alip.wau.nun
1 mau bicara juga..:
aku sedih baca benda nih.
hope things will get better soon, for you.
Post a Comment