Nov 2, 2010

Wanita cantik seksi head to toe dgn pencuri

Ada seorang wanita cantik.. sangat cantik tapi sayang kecantikan itu hanyalah untuk tatapan orang muda sahaja... Sebab itu dalam pemakaiannya , dia pakai sesingkat mungkin... padanya, kulitnya yang mulus, putih , gebu itu perlu ditatap oleh khalayak ramai. Termasuk juga aset di dada dan pinggulnya.. Owh, rambutnya, memang rebonding. Suatu hari , dia ditanya soalan
"Kenapa awak pakai macam ni? Seksilah? Dedah sana dedah sini? Awak tak malu ke?"

Dengan selamaba si cantik menjawab
" Hey, Hello  (the way the brat do), Saya just jadi diri saya sendiri.Saya suka pakai macam ni..  Kenapa nak hipokrit. Pakai tudung tapi dalam hati memberontak sahaja. Plus, I was born to be beauty and sexy with these assets. So, mesti lah nak show off kan... Kalau tak buat pe nak tunjuk. Buat pe nak malu"

********
Suatu hari si cantik pergilah jalan-jalan. Nak shopping niatnya. Naik LRT sbb nak jimat kos nak beli baju yang lebih seksi dari biasa. Tiba2, beg dia kena ragut.. 
"Peragut... peragut, tolong, beg I kena ragut,.. Tolong"
Adalah beberapa pemuda yang baik hati kejar pencurik tu samapailah kat stau sudut... Pencuri tu tertangkap.. wanita cantik terus meluru ke arah sudut itu dan bertanya

"Hoi, Bangangnya pencuri.. Dah takde kerja lain ke?Kenapa nak mencuri?Curi barang aku konon? Kau tak malu ke buat kerja macam ni?"
 Dengan selamba si pencuri menjawab,
"Kak, saya memang bangang . Sebab tu saya mencuri. saya suka mencuri.Kenapa nak hipokrit berlagak baik, tapi dalam hati semua benda saya nak curi.Lagipun saya memang dari kecik suka mencuri dengan aset ni lah saya mencuri(tunjuk tangan). Buat pe nak malu. Dah memang saya suka mencuri. Sebab tu orang panggil saya pencuri."

Wanita cantik tu terdiam, "macam pernah ku dengar ayat ni... tapi di mana ya?"...

Renung2kan dan selamat beramal

3 mau bicara juga..:

nftwaft said...

semat..semat!

haha, like vm!

jari je mari said...

hahaha... ngko sllu je...

nftwaft said...

well~

haha...