Jan 20, 2011

Mc D dan genetik...

Mak aku suka makan kat Mc D... Everytime datang KL, restoran wajib di kunjungi adalah MC D... Begitu juga aku..Tetap suka Mc D.. Genetik kah?

Suatu hari aku lepak kat Mc D dengan Azizul Arshad Dan Amrin Lailanor.. time kitorang lepak sambil makan2, kitorang perhati sekeliling ruang.. Banyak budak2 sekolah lepak kat Mc D, Tak kira bangsa.. Biasalah bebeudak pramatang memang suka buat havoc. Tapi kami pemerhati bebas, cool, lebih sejuk daripada biasa. Memandnag fizikal kami visualkan kami sudah perlu berkahwin terdetik pada hati aku nak mulakan sesi diskusi. Sila ambik perhatian ini isu yang serius.

Aku: Korang rasa nanti bila kita ada anak, diorang suka lepak kat Mc D macam ni ke?
Amrin: Duk jauh2 lah dari Mc D.
Aku:Rumah jauh , tapi kalau sekolah dekat denagn Mc D.
Zizul: Carik skolah yang jauh dari Mc D.
Aku:Kalau sekarang   Mc D kat setiap bandar.. Nanti kita ada anak Mc D ada kat setiap taman kot.. Depan umh ko ade, umah kau ade, umah ko pun ade zul..
Zizul & Amrin:A' ah .. kan?(menyuap ke dalam mulut)

Aku pun buat sikit lakonan bilamana aku telefon  anak aku..

Aku: Helo anak.. ade kat mana ni?
Anak: Anak ada kat Mc D lah ayah...Tapi tak skali ngan mak.. Mak Mc D kat depan umah ngan adik.. Anak ada kat Mc D kat depan skolah..
Aku: Mak pun makan kat Mc D?
Anak: Ak ah.. dia cakap malas  masak.. sekarangkan lagi murah harga dia.. Mak pun cakap ayah selalu lepak kat Mc D kan..
Aku: Hish, mana ade..
Anak: Mana ada apa? Nenek pun cakap macam tu bila kitorang makan tengahahri kat Mc D ngan nenek last week...


Aku, Amrin, Azizul tergelak...Dan makan lagi....

2 mau bicara juga..:

nftwaft said...

gf: mc D mc D mc D...awak kawinla dengan mc D awak tu!

isteri: mc D mc D mc D...awak tidur la dengan mc D awak tu!

hahaha

jari je mari said...

hahahhaha