Oct 8, 2009

Buat orang yang aku gelarkan sahabat...


pengundi tengah memilih..

poster memnuhi ruang Mestech

Dengan nama tuhan yang maha pemurah lagi maha mengasihani...

Alhamdulillah, bila Mestech dipindahkan ke kampus baru di Kajang dan menjadi sesuatu entiti pendidikan yang baru di Malaysia, banyak aktiviti yang dilaksanakan dan akan dilaksanakan . Ini membuktikan warga Mestech mampu menjalankan aktiviti .Minggu depan akan diadakan Pilihan raya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang julung-julung kalinya diadakan dalam kampus yang baru ni . Namun, perintis calon pada tahun pertama ini memang bersemangat untuk perjuangkan manifesto masing-masing.

Pesanan dari seorang sahabat kepada sahabat yang akan bertanding pada tahun ini. Bertandinglah secara sihat. Kepada calon yang kali pertama merebut kerusi pemimpin. Timbalah pengalaman sebaik mungkin. Kalah menang itu perkara no dua. yang penting, belajar dari setiap perkara yang berlaku semasa minggu pilihanraya berlangsung.Jadikan setiap saat sebagai kuliah yang akan mendewasakan kalian semua.

Untuk menjadi seorang pemimpin bukannya mudah jikalau semua benda dipandang remeh dan bukannya susah kalau semua digalas dengan rasa tanggungjawab.Pertama sekali, nawaitu kerana Allah s.w.t untuk menjadi seorang pemimpin. Pemimpin telah dipilih oleh Allah dan yang terpilih haruslah menjalankan tanggungjawab sehabis baik .Jikalau dalam kalian yang bertanding ada nawaitunya lain, tukarlah dalam saat ini dan ketika ini. Jangan niat untuk semata-mata meraih populariti dan publisiti .Percayalah dua benda ni akan hadir bila segala yang kalian kerjakan datang dari keikhlasan kerana Allah. Apabila bergelar pemimpin, sentiasalah mendekatkan diri kepada Allah dengan segala cara sekalipun. Mendekatlkan diri kepada Allah bukan bererti hanya duduk atas tikar sejadah semata-mata dan mengharapkan segala perubahan diturunkan olehNya. Tetapi melaksanakan perkara kerana Allah taala. Apa yang telah Tuhan landaskan sebagai kemungkaran, jauhilah, dan apa yang tuhan landaskan kebaikan, berdampinglah. Segala kebaikan yang dilakukan akan mendekatkan diri kepada Allah.

Habluminallah, habluminannas.

Apabila sudah menjalinkan hubungan baik dengan Allah. Barulah dapat berhubungan baik dengan manusia. Sentiasalah berhubungan baik denagn manusia sama ada secara langsung ataupun tidak. Ringan kan mulut untuk berbicara perihal masalah dan kebajikan pelajar contohnya dan sentiasalah memberi contoh yang positif buat teman dan pelajar yang lain.
Hal ini meruapakan suatu contoh komunikasi secara tidak langsung . Maklumlah, kalian dah jadi community figure kepada kami semua. Paling penting, sentiasalah sedekahkan senyuman kerana dengan senyuman anda dapat berikan kepercayaan kepada bukan sahaja pada diri kalian sendiri bahkan pada pelajar di bawah pipmpinan kalian dan juga para pendidik serta bahagian pentadbiran.

Ketiga, berubahlah. Sentiasalah menerima pandangan orang sekeliling. Jikalau diberithu agar berubah. Berubahlah. Kadang-kadang kita tak mampu cerminkan penampilan dan peribadi kita tapi kalian yang terpilih ibarat tinggal dalam satu kotak cermin yang di pertontonkan buat orang ramai. Ada sahaja yang akan dijadikan teguran . Kalau teguran itu berbentuk rasional, terimalah, cernakan dan interpretasikan dalam diri anda yang kini bergelar pemimpin pelajar.Jiakalau ada teguran berbentuk emosional (kutukanlah contohnya)., terimalah jika ia benar dan abaikan jika itu tidak benar. Mungkin terpalit dalam hati kalian kenapa perlu berubah? Kenapa tak boleh kalau kami hanya jadi diri kami sendiri? Kenapa perlu hipokrit?
Bukan hipokrit, tapi profesional namanya. Hipokrasi dan profesionalime merupaka sesuatu perkara yang berbeza. Jangan samakan makna dua perkataan ini. Hipokrit merupakan suatu perlaksanaan yang menjadiakn kita sebagai orang yang lebih baik dalam hati yang tak ikhlas. Tapi jikalau kita melaksanakannya kerana amanah, itu bukan hipokrit.Tapi profesional namanya.Untuk itu, selamat datang ke bidang profesionalisme...

Buat calon yang akan bertanding. Istiqamah setiap janji dan peganagn kamu dalam perjuanag dan manifesto kalian. Jadilah yang terbaik dalam kalangna manusia terbaik. Jadikanlah perwakilan JPM yang pertama ini sebagai barisan yang akan memantapkan Mestech sekaligus mencapai aspirasi Prof Rahim Md. Noh khususnya, dan kami, warga Unikl Mestech. Pimpinlah kami ke arah jalan yang paling lurusdan kalau kami tersadung angkatlah kami kerana kami akn melakukan yang sama pada kalian di saat anda rebah. Tapi itu semua di bahu kalian.


p/s: Aku doakan yang terbaik buat kalin semua.
Skema sikit. Sebab nak ceritakan pasal profesionalisme... he3

1 mau bicara juga..:

fauzanajohari said...

waaa~~
smngt2!~
xsmpt pun nk tgk kwn2 ak brtndg..
huuu~
xpe2...ak doakan dr jauh,...
asl ko xmsk zairil???
huuu~