Nov 27, 2010

Susah kan nak apa yang kita nak

Tetiba aku nak firebolt stau mudah aku nak gi mana2, 
wand satu sng skit nak buat pe2...
Hermione satu boleh aku menari dgn lagu O'children.
Pergh, mmg susah nak apa yang kita nak...

Nov 24, 2010

Tersukanlah berjalan

Menghitung kesilapan bukan bererti kita perlu berbalik pada sejarah.Mengingatkan segala rasa sakit dalam hadapi sejarah takkan mengubah apa-apa melainkan kita merawati rasa sakit itu. Rasa sakit itu mungkin akan menemani kita dalam kita merawatinya.Cara merawatinya adalah teruskan berjalan.

Teruskanlah berjalan walau banyak mana luka pun tercakar kulit terguris hati.Teruskanlah berjalan walau banyak mana simpang yang kita tempuh dan simpang yang salah itu kita dah lalui. Teruskanlah berjalan walau lenguh bagaimana pun.Teruskanlah berjalan walau banyak mana kudis kulat singgah di kaki. Tersukanlah berjalan walau hancur kasut diganti selipar walau hancur selipar tidak berganti. Tersuskan lah berjalan dalam kaki ayam yang dulu putih melepak kini melecek hitam bernanah.Yang menciptakan jalan adalah impian yang kita lakarkan dari silam kanak-kanak hingga semalam dan hari ini, kita melakar lagi impian untuk esok dan selamanya begitulah lakaran kita berpanjangan.Kita lah yang bermimpin angan-angan itu yang kita tahu betapa manisnya bila semuanya dalam genggaman.

Hidup ini bukan bersendirian, itu kata manusia budiman. Hidup manusia itu bersangkut antara manusia yang lain. Walaupun impian berbeza, yang nyata padang kita sama. Melakar kemenangan dan kegagalan dalam kenangan. Manusia sekeliling kita yang datang dalam hidup kita akhirnya melepaskan kata perjanjian kerana dia juga menlakar impian.Mencari genggaman yang lain untuk berpaut. Sama seperti kita, lepaskanlah,ucapakan 'selamat tinggal' dan teruskanlah berjalan dalam jalan yang kita ciptakan.

Banyak mana dosa yang kita tanggung dalam silam kita, kita tanggung sendiri kerana yang mereka dan yang mencipta dosa itu adalah kita. Tapi , dosa semalam biarkan jadi sejarah . Banyak manapun pahala yang kita kumpulkan, teruskanlah. Biarkan pahaal itu menghiasi jalan kita dengna menjadi permaidani baldu indah. Lupakan semalam kiat ukir ukiran indah hari ini untuk ciptaan masa depan kelak. Teruskanlah berjalan.

Nov 18, 2010

hate to think, think to hate

Two things i really hate to think now..
no. 1:  a name-tag tagged LOSER and
no. B: Till when i ll get u in my arm..

this is tremendously DAMN!

loser won!

First and foremost... Selamat hari raya aidil adha buat semua Umat islam... Buta semua lembu yang membaca, pengorbanan anda tak ternilai dalam hari raya ini...

Aku saje je nak menulis pagi raya ke2 ni... Huhuhuhu, ak nak cerita pasal 3 hari sebeleum raya lepas di mana aku berjaya menonton wyang.. Yup, dah lama kot.. Aku niat nak menonton Let Me In, Tapi malangnya fullhouse der.. Then aku decide tgok citer lain yang aku boleh gelak.. Huhuhu , aku pilih Crayon...Serius Best!

Dia bukan citer Melayu literally tapi macam citer Malaysia... Aku suka citer dia.. The way the delivery .. the msg.. The act.. Selamba mamba je semua... Aku tau ,aku promote banyak manapun bukan korang nak tengok...  Tapi macamtulah..

Owh jap.. ko nak tahu dlam wayang tu.. aku sorang je... aku konker habis gelak... Dari awal cerita hingga habis cerita.. hahhahaha... gelak, gelak, gelak... hahahahhahaahaah.. malas ah bebel lagi..Dasdidas!

Nov 11, 2010

huh!

Haramjadah betul.. 
apasal  susah sangat nak check movietime... 
pastu beratur.. pastu beli tiket.. dapat tiket...
grab popkon.. dan masuk...
da duduk.. dan menonton...
Macam tak pernah buat sorang2  je sblom ni...

have it ur way.. weirdo!

Nov 10, 2010

im in love

for the  past few days.. im in love..


dont you get it? im in love...


and now... the frog are transforming to the prince...

the prince..... but in a frog version..

Nov 2, 2010

Wanita cantik seksi head to toe dgn pencuri

Ada seorang wanita cantik.. sangat cantik tapi sayang kecantikan itu hanyalah untuk tatapan orang muda sahaja... Sebab itu dalam pemakaiannya , dia pakai sesingkat mungkin... padanya, kulitnya yang mulus, putih , gebu itu perlu ditatap oleh khalayak ramai. Termasuk juga aset di dada dan pinggulnya.. Owh, rambutnya, memang rebonding. Suatu hari , dia ditanya soalan
"Kenapa awak pakai macam ni? Seksilah? Dedah sana dedah sini? Awak tak malu ke?"

Dengan selamaba si cantik menjawab
" Hey, Hello  (the way the brat do), Saya just jadi diri saya sendiri.Saya suka pakai macam ni..  Kenapa nak hipokrit. Pakai tudung tapi dalam hati memberontak sahaja. Plus, I was born to be beauty and sexy with these assets. So, mesti lah nak show off kan... Kalau tak buat pe nak tunjuk. Buat pe nak malu"

********
Suatu hari si cantik pergilah jalan-jalan. Nak shopping niatnya. Naik LRT sbb nak jimat kos nak beli baju yang lebih seksi dari biasa. Tiba2, beg dia kena ragut.. 
"Peragut... peragut, tolong, beg I kena ragut,.. Tolong"
Adalah beberapa pemuda yang baik hati kejar pencurik tu samapailah kat stau sudut... Pencuri tu tertangkap.. wanita cantik terus meluru ke arah sudut itu dan bertanya

"Hoi, Bangangnya pencuri.. Dah takde kerja lain ke?Kenapa nak mencuri?Curi barang aku konon? Kau tak malu ke buat kerja macam ni?"
 Dengan selamba si pencuri menjawab,
"Kak, saya memang bangang . Sebab tu saya mencuri. saya suka mencuri.Kenapa nak hipokrit berlagak baik, tapi dalam hati semua benda saya nak curi.Lagipun saya memang dari kecik suka mencuri dengan aset ni lah saya mencuri(tunjuk tangan). Buat pe nak malu. Dah memang saya suka mencuri. Sebab tu orang panggil saya pencuri."

Wanita cantik tu terdiam, "macam pernah ku dengar ayat ni... tapi di mana ya?"...

Renung2kan dan selamat beramal