Nov 10, 2010

im in love

for the  past few days.. im in love..


dont you get it? im in love...


and now... the frog are transforming to the prince...

the prince..... but in a frog version..

Nov 2, 2010

Wanita cantik seksi head to toe dgn pencuri

Ada seorang wanita cantik.. sangat cantik tapi sayang kecantikan itu hanyalah untuk tatapan orang muda sahaja... Sebab itu dalam pemakaiannya , dia pakai sesingkat mungkin... padanya, kulitnya yang mulus, putih , gebu itu perlu ditatap oleh khalayak ramai. Termasuk juga aset di dada dan pinggulnya.. Owh, rambutnya, memang rebonding. Suatu hari , dia ditanya soalan
"Kenapa awak pakai macam ni? Seksilah? Dedah sana dedah sini? Awak tak malu ke?"

Dengan selamaba si cantik menjawab
" Hey, Hello  (the way the brat do), Saya just jadi diri saya sendiri.Saya suka pakai macam ni..  Kenapa nak hipokrit. Pakai tudung tapi dalam hati memberontak sahaja. Plus, I was born to be beauty and sexy with these assets. So, mesti lah nak show off kan... Kalau tak buat pe nak tunjuk. Buat pe nak malu"

********
Suatu hari si cantik pergilah jalan-jalan. Nak shopping niatnya. Naik LRT sbb nak jimat kos nak beli baju yang lebih seksi dari biasa. Tiba2, beg dia kena ragut.. 
"Peragut... peragut, tolong, beg I kena ragut,.. Tolong"
Adalah beberapa pemuda yang baik hati kejar pencurik tu samapailah kat stau sudut... Pencuri tu tertangkap.. wanita cantik terus meluru ke arah sudut itu dan bertanya

"Hoi, Bangangnya pencuri.. Dah takde kerja lain ke?Kenapa nak mencuri?Curi barang aku konon? Kau tak malu ke buat kerja macam ni?"
 Dengan selamba si pencuri menjawab,
"Kak, saya memang bangang . Sebab tu saya mencuri. saya suka mencuri.Kenapa nak hipokrit berlagak baik, tapi dalam hati semua benda saya nak curi.Lagipun saya memang dari kecik suka mencuri dengan aset ni lah saya mencuri(tunjuk tangan). Buat pe nak malu. Dah memang saya suka mencuri. Sebab tu orang panggil saya pencuri."

Wanita cantik tu terdiam, "macam pernah ku dengar ayat ni... tapi di mana ya?"...

Renung2kan dan selamat beramal

Oct 31, 2010

Buahjantunghatigulagulacintakasehsyangku...

Tuhan,
Jgalah dia yang cantik dari luar dan dalam..
Dari hujung rambut hingga hujung kaki.. 
Dari helaian kulit terakhir hingga tulang hitam yang paling dalam...


Tuhan,
Jagalah dia yang indah dari setiap bibir bicaranya,
dari sayang senyumnya dan sayang amarahnya..
dari rasa sedih dan gembira nya...

Tuhan...
Jagalah dia yang perawan dari lembut gayanya..
dari pandangan kasehnya..
dari jiwa tenangnya hingga gusarnya...

Tuhan...
Jagalah dia dari kesejukan dan kepanasan ..
dari rasa sakit dan sihatnya..
dari rasa cinta dan sayangnya...


Tuhan...
Kau yang mencintai hati-hati para pencinta...
Kekalkan cinta ini...
Biar yang bermain di kepala...
hanyalah bait-bait lagu cinta..

Tuhan...
Sejahterakanlah dia dari bait doa ini tertulis hingga hujung nafasnya...

Amin...

Selamat Hari Jadi... Perempuanku, Ma

daripada .. jantunghatigula-gula

Oct 24, 2010

Kenapa aku cinta Blackberry Torch 9800?

Kenapa aku cinta Blackberry Torch 9800?
Kenapa aku cinta Blackberry Torch 9800?
Kenapa aku cinta Blackberry Torch 9800?

Sebab dia bijak pandai. Mestliah dia bijak dan pandai , kalau dia tak bijak dan tak pandai, takkan lah orang label dia sbg smartphone. kan?Oh, untuk pengetahuan kalian , smart dalam bahasa ibunda adalah bijak pandai. bijak kan pencinta Blacberry Torch 9800 ini..

Kenapa aku cinta Blackberry Torch 9800?
Kenapa aku cinta Blackberry Torch 9800?
Kenapa aku cinta Blackberry Torch 9800?

Sebab perincian reka bentuknya menarik hati ini. Kali pertama bertentang mata terus terpesona mata jatuh ke hati menjadikan benda aneh bernama cinta berbunga-bunga. Bentuknya yang elegan memaut rasa sayang terhadap benda cantik bernama Blackberry Torch 9800. Aku cinta kepada manjanya dia terhadap aku. Dia suka dibelai untuk melayan setiap aplikasi dia. Semestinya aku ini bukan penggemar skrin sentuh,tetapi dia telahpun menambat hati dengan menyediakan papan kekunci lengkap.Tetapi dengan aplikasi pilihan sebegitu bolehlah aku belajar cara-cara melestarikan penggunaan skrin sentuh Blakberry Torch 9800.oh, cinta ini makin mekar.


Kenapa aku cinta Blackberry Torch 9800?
Kenapa aku cinta Blackberry Torch 9800?
Kenapa aku cinta Blackberry Torch 9800?

Sebab skrin dia BESAR. Boleh tengok macam-macam kalau besar.Mestliah pelbagai aplikasi disediakan sesuai dengan kebesarannya . Bila layanan diberikan dengan besarnya, hati ini berbesar untuk menambat cinta terhadap dia. Tak sakitlah mata bila melayan " jantung gula-gula" ini. 

Kenapa aku cinta Blackberry Torch 9800?
Kenapa aku cinta Blackberry Torch 9800?
Kenapa aku cinta Blackberry Torch 9800?

Sebab lensa kamera dia 5 mega pixels. Hari-harilah bergambar, aku tangkap gambar dia, dia tangkap gambar aku. Bila hari-hari bergamabar menjadi rutin, maka banyaklah kenangan indah kami ciptakan. Mujurlah, Blackberry  Torch 9800 dah sediakan ruang simpanan sebnanyak 8 GB. Dengan keluasan sebegini, memori aku dan kesayanganku, Blackberry Torch 9800 akan tersemat di ingatan masing-masing.

Kenapa aku cinta Blackberry Torch 9800?
Kenapa aku cinta Blackberry Torch 9800?
Kenapa aku cinta Blackberry Torch 9800?

Aku suka bersosial melalui ruangan siber yang disediakan sepeti Mukabuku.Oh, bak kata mereka di luar sana Facebook.Sebab melalui facebook atau mukabuku aku dapat berkomunikasi dengan kenalan jauh  mahupun lama. Blackberry Torch pula tahu setiap kesukaan aku, maka diciptakan aplikasi Facebook supaya aku sentiasa dekat dengan semua kenalan walaupun di mana jua mereka berada.Aku juga dapat menghantar email dimana dan bermesej segera seperti mana yang kita tahu istemewanya Blackberry. Semestinya dia tidak mencemburui itu kerana bila bersama yang lain, aku akan membelainya.

Kenapa aku cinta Blackberry Torch 9800?
Kenapa aku cinta Blackberry Torch 9800?
Kenapa aku cinta Blackberry Torch 9800?

Sebab seperti mana terhasilnya sinergi antara aku dan dia, begitu juga terhasilnya sinergi antara dia dan Celcom Exec 50. Sinergi mereka menghasilkan suatu kepuasan pada pencinta Blackberry Torch 9800 kerana dapat liputan yang luas untuk melayari internet. Aku sebagai pelajar dapat belajar di mana sahaja kerana liputan luas yang disediakan. Dengan 15 sen setiap minit aku dapat lah menghubungi sesiapa sahaja yang aku rindu. Memandang aku sangat suka berbual melalui telefon, Celcom Exec 50 memberikan diskaun setiap bulan smapai mencecah diskaun sehingga 30% tetapi setiap bulan kena bayar lebih kurang RM50. Berbaloi-baloikan. Bak kata pepatah barat, "kamu dapat pada apa yang kamu berikan", di tukar bahasa dari  "what you give you get back".Satu lagi, baiknya Celcom, dapat pulak percuma jalur lebar  dengna kelajuan mencecah 384 kbps.Berbaloi-baloi-baloi....

Oh Celcom, bagilah cinta ini mekar denagn menghadiahkan aku Blackberry Torch 9800 pujaan jantung hati gula-gula idaman kalbu ku!

"Blackberry~, kamu jangan bimbang, bila saya dapat kamu,
cinta saya lagi hebat dari dia-diatas "

...............
Sesiapa yang nak joincontest ni tekan SINI.. Sila bersabar, aku tak sabar sebab ni first time aku join kontes cenggini.

Oct 20, 2010

Surat untuk kau...kawan-luar-biasa

Kepada Kau,

Assalamualaikum , aku harap tiada sehelai mahupun sebaris mahupun seperenggan mahupun seisi tinta ini meloyakan tekak kau. Bagaimana keadaan kau? Sihat ? Aku doakan kau sihat.Aku pertamanya nak minta maaf kalau kau melihat aku bagai syaitan memeluk ego aku. Membiarkan tiada ucapan salam antara kita diterbitkan. Tiada secalit senyuman berbalas dilemparkan..Tapi kawan, aku belajar itu semua dari kau.. Belajar supaya aku bukan aku buat waktu ini..tetapi  yang tampil di depan kau adalan manusia bergelar polan.. Sebab pada aku kau yang tampil di depan aku bukan kau. Juga si polan sama dengan aku. Bila kau berlagak ego, aku berlagak ego.Itu refleksi biasa luar biasa yang aku mampu berikan buat kau.Tiada siapa mahu mengalah barangkali kali ini. Jadi, aku kau takkan selesai. Yang selesai adalah senyuman manis plagiat ciplak dan  memang haramjadah... Oh maaf, aku terkasar bahasa...

Kawan..
Kalau kau nak ego tolonglah janagan melampau, aku takut aku akan refleks dengan reaksi kau. Kau juga suka menipu ea... Tapi aku anggap itu mungkin gurauan kau.. Tapi kawan , kalau kau nak bergurau , maksud aku menipu ,pasal benda maca ni, kau fikirkan pasal orang lain.. Bukan dengan aku, tapi subjek yang kau gunakan itu menipu... Biarlah dia dengan ujian itu.. Dan izinkanlah aku berdoa untuk nya.. Kau sayangkan dia kan? Kalau sayang , izinkan aku berdoa atas kesejahteraan Nya. Jangan jadi bodoh dengan memperbodohkan situasi yang memang bodoh antara kita. Kalau tetap mahu hidup dalam kebodohan ini jangan melibatkan orang lain maksud aku subjek tersebut. Aku tahu dia memang bijak.

Kawan
Biarpun berbeza pun fahaman kita tapi Islam itu satu dan benar, kebenarannya juga adalah doa itu senjata umat Islam. Aku bukan nak sibuk setiap urusan peribadi kau tapi aku sekarang menanggung dosa saudaraku sendiri kawan.. Sudah sekian lama tiada indikator kau berbual dengan Teman mu  nun jauh disana. Sudah cukup lama, berbuallah, sudah lama Temanmu itu menunggu. Benar, aku bukan jaga bawah kain kau, tapi bagai saudara di mataNya, kewajipan kau ke atas aku adalah kewajipan aku atas kau.

Kawan,
Mari sama-sama berikhtiar, tapi kalau kamu masih enggan bersama aku, masih ego dengan aku.. Tidak mengapa. Aku doakan kesejahteraan dia yang kau sayang , semoga dipermudahkan urusan,semoga sentiasa kau dan dia bahagia semoga ikhtiar kalian berjaya. Dan engkau, hanya ini yang aku mampu lafazkan, Uhibbukafillah.Semoga baik-baik saja antara kita hendaknya..

Assalamualaikum, kawan-luar-biasa

Kawan kau yang tulis,

kap.alip.wau.nun   

Oct 18, 2010

natang nata!

salam ... 


mkn nata decoco pada aku mmg suatu kenikmatan.. giget pepejal itu memberi kenikmatan kepada nuansa deria aku... aku layan habis makan benda pepejal yang pejal camtu...tak kisah bagilah perasa apa pun... aku hentam sampai licin... pergh!

macam biasa, hari ini panas terik .. bahang dia terasa ... baju2 tebal konpem menyesal bawak pergi kuliah... aku pagi tadi bila dah sarap kat mc D rasa nak lantak kudapan ala-ala manusia gembira.. Dengan bangganya aku berjalan pergi HQ mart... Carik2 punya carik aku hentamlah satu nata de coco perasa kiwi... layan habis ni, tyme2 panas camni...

lepas bayar dan menikmati saat2 indah bgersama nata aku perasan aku dah makan 3/4 daripada bksa tu... then tiba2 mata aku memfokus pada benda aneh berwarna hitam dalam nata de coco aku... warana hitam tu dah macam diselaputi lendir mungkin sbb react dengn gula dan aspartame dalam mknan tu... Ak pun menangkap bnda hitam tu guna sudu... Aduh, FISH!...

boleh plak natang kangaroo ada dalam aku punya nata , perut dah becah terburai, haram jadah tol! hilang habis nafsu aku menikmati kudapan sejuk tadi... ak pun terus tanat anything sampailah sekarang aku baru lepas melantak ayam radix all the way from kedah dari kawan aku...Ko selamatkan nafsuku!

santapan orang jahanam

dia sedang menyantap

santapan di depan mata...

bangkai raga pencinta...

bungkang matanya..

meleleh liurnya...
lantas...

di carikkan isi dan kulit..

dipatahkan tulang temulang..

meratahnya bagai berabad kelaparan..

yang berada dia talam hitam tadi ...
berpindah masuk lohong mulutnya..

dijemput perut nafsunya..

dia masih menyantap bangkai itu...

sampai licin tiada sisa...

dia bisa menelan bangkai...

kerana tersentap dengan rasa cinta  si bangkai...

habis jahanam jiwa raga bangkai..

tiada yang tertinggal walau secebis rasa..

dan dia pemangsa...

bangkai betul !

bangkaibangkituntukberkarya