May 31, 2010

Apa kata kamu?

aku tak tahu nak tulis apa dalam blog aku...
aku nak cerita kan pasal seharian hidup aku...
konfem2 takde yang nak tahu pun...

Pasal benda-aneh-bernama-cinta?
lagi lah mustahil... sebab sapa nak tahu pasal cinta aku...

Pasal ilmu?
Aku nak kongsikan sedikit ilmu.. kalau aku menyampaikan dapat lah sikit2 untuk bekalan... tapi apa aku nak tulis..

Pasal zionis Israel yang serang kapal bekalan untuk gaza?
Aku hanya mamapu katakan, kita doa sama2.. Kita menangis sama2 dalam doa kita, kalau boleh, kerana air mata mampu jatuhkan ego kita sebagai hambaNya.

pasa apa ya?




..............

Aduh, aku mengarut lagi...

dan dengan bangganya... Aku rasa nak berhenti blogging...
apa kata kamu?

May 28, 2010

polan-polan dunia

Tersenarai untuk kesekian kalinya... bila aku lihat balik hidup aku... renungkan balik nawaitu2 aku dalam setiap laku... pergh, noda itu hanya menghitamkan hati aku... perasaan usnuzon aku dambakan... biar di mata mereka aku sama seperti mereka.. hanya polan2 dunia yang kagumkan keduniaan... dambakan kebahagian akhirat tapi kadangkala lupa laksanakan tanggungjawab...

Demi tuhan, aku bukan harapkan pujian keanakan dari kalian,mahupun perasaan cinta yang memaksa kau agungkan aku... aku hanya mahu kenali diri aku... sejauh mana yang mampu aku berlari dalam fizikal badan seperti ini.. berdamping dengan kalian membuatkan aku sentiasa menjadikan kalian sebagai sorakan semangat untuk aku... keghairahan dari wajah2 kalian memberikan suntikan semangat untuk aku... tawa riang kalian menghilang setiap sedih,letih dan pedih badan aku... tapi, kita tetap juga manusia, tuhan hadiahkan perasaan.. Tuhan lahirkan perasaan negatif..

minta jangan melatah andai terdetik perasaan benci melihat figura ini senyum , gembira , sedih, mengada-ngada, melampau, kurang ajar, pesimis, takbur, tamak , haloba, durjana, celaka, konservatif, pendek akal, bodoh, kabut...
.
.
.
.
.
.
.
.
sayang...


aku tak mampu menghalang perasaan itu hadir dalam jiwa kalian... tapi, jangan lah buntu melihat orang, menghakimi itu hak kamu... tapi menghukum itu hak tuhan... Ketahuilah... jiwa-jiwa kita berpaut pada hati kita... tenangkanlah jiwa tersebut... kalau ada firasat dendam , benci dan marah.. padamkanlah sahabat... sebelum perasaan itu hitamkan hati kita ini... biarlah polan2 dunia 2 seperti kita sentiasa ingatkan... kita ada Tuhan, Allah namaNya...

Astaghfirullah...

cakapkecil:nauzubillah terhadap perasaan hitam yang mampu gelap kan hati... kalau ada perasaan itu... harapnya cepatlah aku tarbiyahkan diri... amin...

May 21, 2010

SHREK is SHRONOK


Best ah citer Shrek, Sebab terlamapu SHRONOK... aku tergelak tak ingat dunia dalam wayang... Tengah2 gelak ada lak owg tegur aku gelak melampau...
Aku diam jap... ambik teguran dan telan... lepas digest dan kuarkan melalui anus ku...
Aku gelak balik....

HAhahahahahaha... Wei, aku bayar tiket ah... Bukan pakai dwet kau...! Kau nak marah apahal.. Sebab ko marah, aku gelak lagi tak ingat semesta... Haah! ape? Ak ah, wayang tu bapak aku yang punya.. Ko tak tahu ke... Pehal2 SHREK 4 best!... tak sia2 aku senaraikan cerita ni sebagai CERITA-WAJIB-TENGOK... Hahahahaha.. Hahahahah.Hahahah....

May 17, 2010

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA YANG GURU YANG CUBIT . ROTAN. KEJAR-TAK-DAPAT.HALAU-KELUAR-KELAS-SEBAB-DAPAT-RESULT -RENDAH.SURUH BERDIRIATAS KERUSI. BAIK HATI.SUKA BELANJA. CURI2-KELUAR-MAKAN-WAKTU-MALAM.PENYAYANG.DAN SAMA WAKTU DGAN NYA TERHADAP AKU DAN SEMUA ANAK DIDIK.DARI TADIKA SMAPAI MENARA GADING. SELAMAT HARI GURU.

termasuk dua kakak aku yang cikgu-cekgi

semalam sepatutnya ... tapi hari ni baru rajin..

cakap kecil: gila teringat lagi kna baling duster kat atas kepala oleh cg Husnizah..Cg math masa darjah lima

untuk waktu ini...

Minta dipermudahkan segala urusan rohaniah dan lahiriah. fizikal dan mental. minta dijauhkan segala hasad dan kemaksiatan . minta didekatkan dengan ayat2 dan doa. minta hati ini sentiasa ikhlas memberi dan menerima. mintak jiwa ini sentiasa tenang tanpa amarah.

sebab marah itu api. api itu syaitan.syaitan itu marah.marah itu api. api itu syaitan. api itu marah. marah itu syaitan

atau dengan formula yang lebih mudah

syaitan=api=marah

May 9, 2010

Ma

Those things always make me remembering you....

Dia takut untuk melihat suaminya berdosa... Dia bangun pagi pergi sarapan denagn suami nya... tapaukan makanan untuk mertuanya... Biasalah, ego anak lelaki... Tapi dia sebagai isteri akan mandikan mertuanya... Basuh beraknya waktu pagi.. Sapukan bedak... Dan pakaikan baju... Bayangkan mertuanya seorang yang besar. Sains takrifkan sebagai obese. hidup takrifkan dia sudah tua... gabungkan dua perkataan itu.. Anda bayangkan lenguhnya..

Dia takut untuk melihat anaknya derita... Dia usaha untuk tidak menyusahkan anak-anaknya... Hanya yang mahu dikongsiakn hanya kebahagiaan.. Aku demam denggi tahun lepas.. Tak mapau nak buat apa... Lemah sanagat... Dia bertolak dari Kampung Ke KL menaiki bas.. Semata2 nak jaga aku... Pastikan aku telan walaupun tak kenyang... Temankan aku ke hospital.. Untuk ambik darah... Carikan aku ketam dan buatkan sup.. Sampailah aku sembuh... Dia pun balik... Itu aku, kakak aku... Dialah yang teman kan setiap dari mereka ketika dalam hospital ketika sakit... Sebab ni blog aku * aku tanat citer banyak pasal kakakkakak aku...

Dia lah anugerah terindah... Dialah ciptaan terindah...
Buat ma aku...
Selamat Hari Ibu





Hari yang meletihkan tapi menggembirakan



Dengan nama Tuhan yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

8 May 2010- Bertolak pulang ke kampung dengan Kakak Sulong dan bakal-abang-iparku (cheit!).. Perjalanan yang amat meletihkan sebab tidur semalam tak lena... Pagi2 kemasakan rumah dan bilik yang bersepah bagai... Dalam kereta just tidur.. dan2 dah samapi raub... Pergh lama shial aku tidur... Bagus gak malas nak dengar kakak sulong aku bermanja-manjaan dan bergeli-gelian kata kat depan... Aku rela tidur... (malas nak bercerita )... Dan akhirnya aku sampai hospital... Sebab ma & pa aku ada kat hospital... Then, baru balik rumah sebab driver mengantu... dan sebagai tetamu... Beliau berhak tidur...


9 May 2010- bermula pukul 12.30Then , aku balik mandi sebab tak selesa ... Kegatalan satu badan merimaskan aku..(ni kerang buruk+busuk+tak sedap punya pasal... Damn u!... sampai ari ni aku gatal.. dan ia menyeksakan aku) . Lepas mandi + solat dan kacau Qaleesya ( anak sedara yang baru join family aritu) dengan memastikan beliau menangis... Aku kejutkan mak dia... Bagitau, anak menangis sebab aku kacau...(dia tak marah, sebab rindu kat adik dia punya pasal) Dan grab kunci kereta ... Gerak balik ke Hospital.. Nak temankan mak aku... Dan ini pengalaman pertama menunggu orang nak beranak... Sebab tu pergi join... Lama-nak-hidup kakak aku dalam labour room... Dari pukul 1.30 pagi sehingga pukul 4.45 pagi.. dalam janagka masa tu... Macam2 aku dengar orang2 tua kat situ berbual... Pergh... Ngantuk dowh.. nak terlelap jap.. Pastu tersedar... Abg Ipar aku engna muka cloud-nine + seventh heaven datang... " dah keluar dah, perempuan"... Aku dengan gembiranya.. Sambung tidur.. Sebab super duper ngantuk... Bangun2 je... Ucap Al-hamdulillah... Dah dapat pun baby( Durasi aku tidur selepas dikhabarkan berita adalah dua jam... Bangun je... Terus ucapkan Alhamdulillah)

Then, balik rumah , pergi sarapan dengan ayah aku.. Pekena kopi kampung terbaik abad ni..dengan roti canai denagn kuah sardin.. Balik rumah tersu tidur samapai pikul 12.30...
Maka aku dalah orang paling sibuk hari ni... Sebab malam nya... Nak adakan kenduri cukur untuk Qalesya dan kesukuran dapat Baby sorang lagi.. Mak aku tidur sekejap sangat... Sebab dia nak siapkan Nasi Dagang dan pulut untuk majlis pada malamnya... Semalam , dia tak makan dengan selesanya dan tak dapat tidur dengan selesanya, selagi tak dapat beriat pasal Baby... hari ni, sibuk lagi pasal Majlis pada waktu malam...

9 May 2010- Selamat Hari Ibu Ma... dalam satu hari ni... Aku tengok how hard my mom try to be .... Dia tak pernah cukup tidur buat seketika ini.. Banyak benda dia tgah pikir... Yang lain kau nak ceritakan kat another entri... Special to my Super Mom...





memberkati kehadiran cahaya mata

Ni lah kilang yang bertanggungjawab... teehee
Anak sedare yang no. 3.
Suap sket dengan kurma..



Mmmm... macam ni lah...

Okey ...Tu je untuk setakat ni...

Buat Nur Qaleesya Zuhera bt Muhammad Hazri...
Sila sayangi aku sbg bapak saudaramu...
hehehhehe..



May 7, 2010

Nak merapu jap...

Bnayak benda aku nak ceritakan sebelum berlepas balik esok pagi..
Lepas exam ni, makan je manjang...
Dari Popeye ke Soursoup Iceberg+Popcorn Ayam Snak kat KLCC ke Pepper Rice+ABC kat Mid..
Camnilah, bila kemaruk nak melantak kat IKEA tak menjadi...

Esok dah nak balik... Tapi entahlah, aku rasa ada sumthing tak selesai..
Aku pun tak tahu apa....

Nak kata sebab tak tgok BELUKAR, mustahil sbb takde lah teringin sgt... Nak tgok cerita tu sbb Jason Chong yang arahkan...( sbb tgok trailer dia best)... Tu je...

Takpelah... Tanat cerita bab tu... Ada seorang kawan aku cakap... Aku suka tgok cerita Melayu...
Filem2 melayu buka nya sedap sangat... Dah lapuk dah idea.... aku senyum dan diam je... Tak nak gegaduh lelame sbb lama tak jumpa dia... Teehee...

Aku akui filem2 asing memang best... Lagi2 hollywood... Tapi kadang2 apa yang mereka sampaikan luar dari kewarasan manusia... Sesuatu yang mengegam angin... Faham tak? Macam imposibbly impossible... Mengarut... Plus, kebanyakan nya semua dah klise' dan sgt typical... Macam hari tu bila aku lepak tengok cerita Iron Man... Sgt typical lah cerita dia... Lepas tu dia punya teknologi macam melampau... aku pun tak tahu apa aku nak komen dengna cerita ni... Yang best sebab ada lawak nagn cara dia deliver cerita tu je... Tahun ni, filem barat yang aku rasa macam.. Wow.. dua je... (Avatar tahun lepas kan?).. Book Of Eli dengan Sherlock Holmes.. Yang lain sgtlah macam biasa... Yang gempaknya, sebab efek je... Hoish!

Pasal filem melayu, Aku tak tengok semua cerita... Aku tengok filem yang aku rasa boleh mendidik jiwa boleh menyebabkan aku berrfikir... (dan ada Pajula... teehee) Yang paling bangang dan menyakitkan hati, Lu Pikirlah Sendiri ... Aduh... Kenapa lah ada filem macam tu... (Baik simpan tayangkan untuk hujng minggu... Takpun tayangkan kat Astro warna... takpun Ceria..)
Mujurlah, Profesor Madya Mohaideen Abdul Razak (lenguh jari taip nama dia) .. tak keluarkan filem selebat dulu... Kalau tak ... naik bergegar bulu idung aku... Aku pun tak tengok cerita anak-yusof-haslam, Syamsul Yusof walaupun orang cakap filem dia menarik yang terbaru ni... Sebab aku tak boleh terima cara diorang sampaikan dialog.. hehhehe...
Tapi aku rasa fielm beliau yang baru tu sedap kot... Sampai hari ni ... Tarikh ni... Ada lagi filem tu kat KLCC... Pe tajuk dia? Evolusi Kl Drift... Macam tu lah...

Kawan aku tegur aku sebenarnya, sbb aku excited tunjuk trailer Lagenda Budak Setan... nak tengok cerita tu.. Tapi segan lak nak pergi sorang2... Aku nak ajak sapa ea? Tapi memang teruja abislah... Aku masa umur 9 Tahun aku baca buku ni... Darjah tiga... Kakak aku punya... Baca memang layan... Tapi tak feeling sangat sbb umur bape tyme tu... tapi bila form one... carik balik novel tu untuk temani aku tyme bulan puasa... Tyme tu mmg Feeling habis... Tak atahu nak sampaikan feeling camana? Tapi mmg feeling ah...

Masa form two... Aku baca Katerina... Sambungan cerita Lagenda budak setan... Memang layan habis, camana Katerina nak cari hidup baru... blablabla.... Yang mengujakan aku.. Dalm filem LBS... Fazura jadik Katerina.. teehee.(Taruk Ayu ngan Lisa ketepi jap).. dalam buku Katerina .. Katerina dah tukar gaya rambut dia... Jadik ala-ala Aeon Flux... Ni rasa semanagt nak tengok awekku di layar ni... Rambut baru lak... Mesti lawa tahap kebambang.... Teehee...

Sebenarnya, yang atas tak penting pun... Yang bab Fazura tu yang penting... gegeeggege...

cakapkecil: persan tak peminat NOvel Ahadiat Akashah... Cerita dia buat tak pernah habiskan? Yang habis aku rasa... Kejora je.. Tu pun mamat tu mati kesejukan dalam Salji... Takkan nak sambung lagi mamt tu jadi Edward Cullen lak kan?

Well, I'm off to Besut... Be back for training... See you guys soon...

May 4, 2010

Sem Depan apa Cerita...

Bila dah end of the sem mula lah nak pasang angan2 untuk tahun depan...
By next sem aku ingat aku nak stay umah kakak kat Serdang..
So, pagi2 aku akan ride Mr. Bilu untuk g Kuliah...
Mesti layan angin pagi dari Serdang ke Kajang...

Sebenarnya, kat kajang...
aku dah suka umah ni...
Bilik ni...
Tetapi, aku taknak nyusahkan orang...
Aku taknak pikir banyak benda dan yang paling penting tak nak pikir pasal orang lain...
Sebab hasil dari titik tolak pemikiran aku...
aku akan bertindak...
dan aku takut...
tindakan aku akan disalah anggap...

Aku takut kalau disebabkan aku...
orang lain rasa marah...
tak tenteram...
serabut...

Kalau cara ni yang terbaik... Insyaallah, aku pindah...

Maaf ea kawan.. aku dah hampir-hampir putus asa untuk tunaikan janji aku dulu..
sila maafkan..

al-fatihah buat sahabat ,Huzaifah yang kembali ke rahmatullah pada pagi tadi... Semoga roh arwah dicucuri rahmat...
Amin

HUH... FINAL DAH HABIS... SEM 4 PUN HABIS

zugezagzugezag....
*bunyi orang bersihakn sawang...
debushdebushdebush
*potong lalanglak...

...........

ToloOOOOONg....
*bunyi orang mintak tolong lepas jumpa ular BESAW PUNYA

Namapak tak berapa lama aku tak update dan tak sapu sawang... Sebenarnya, blogging ni lara tau... Aku takut kalao aku update blog aku kna lah baca blog orang lain... Lepas baca blog Kerak NAsi... Kna baca Blog empirestateofmind pastu sambung ke Cik Diera lak... pastu missneelopher...Nilah calon2 manusia yang rajin update blog... So, bnda yang aku rasa nak relax sekejap jadik lama... So, aku ceecide tak bukak blog langsung... Even blog Si-Cantik-hanis-Zalikha pun aku tak bukak... TEngok , betapa aku usaha untuk tidak addicted untuk membaca blog mereka2 ini... sebabnya, nak pokus untuk exam...dgn nawaitu nak dapat result yang lebih tinggi sem ni... Amin


........

Semasa mengharungi minggu final , Banyak bnda aku buat untuk aku pastikan aku stay awake, stay concentrate ngan stay focus... Di kesempatan ini aku nak buat ucapan penghargaan kepada badan2 yang membantu usaha aku dalam memastikan aku fokus untuk exam...

Yang pertama... Cik Kertas ni... DIalah yang banyak bukakan mata aku.... DIa sehelai je... Tapi jasa dia... Lagi besar dari aku... *Bangga untuk menulisnya....

SEterusnya, Restoran Mc D Kajang-Semenyih... Dari hari pertama exam hingga last paper, memang kat situlah destinasi aku untuk menelaah nota2... Hari2 makan FREnch FRies ngan air coke... Pastu makan ayam goreng... Dan numpang giget Burger orang lain.... Hah! Aku sayang ko MC D... Tak lupa juga Mc D kat Bangi dan juga MId Valley... Destinasi aku semuanya Mc D... Sebab boleh refill air... i like.... dan dihiburkan dengan musik2 terbaru... i never be the same.... if we ever meet again.. ea Mc D... Aku akan jadik lain pasni kalau kita jumpa lagi... Ada tambahan, walaupun dwet habis banyak kat MC D sebab Makan banyak kat MC D... Berat aku maintain... yeah!


Dan yang membantu cam, T yang text kan soklan... Atuk yang hantarkan dan temankan, ayai yang lepak tyme stadi, Nime yang turut serta, Yuyu yang pinjamkan pennya... Didi yang kongsi skit ilmu dan semua yang nolong samada secara langsung atau tidak...

HUH... FINAL DAH HABIS...