Aug 10, 2009

dan aku terus...


mmmmmmmm...
rase cam nlk tulis sumthing... lepas baru bangun tdo...

Tadi lepas abes satu assignment... Rehat sekejap... Ambil sikit masa untuk rehatkan mata... Belakang aku rasa sakit2 lepas m***** tadi... Tu yang decide nak tido... Bangun je rase cam nak tgok trailer filem... Dua cerita aku tgok... First 2012 dn satu ag final destination... Cambest je dua2 filem ni... Then aku terdetik dalam hati, " barat ada agenda sendiri dalam menyampaikan mesej... memutarbelitkan ideologi sehingga mampu membuatkan penonton seperti kita memikirkan kita mampu melawan takdir" itu yang aku terfikir bila menonton trailer 2012...

Filem ni mengvisualkan keadaan kiamat pada tahun 2012 dan pada ketika itu mampukah manusia mengubah takdir mereka.. Nampak3... Maksudnya disini , kita tidakperlu bergantung pada pencipta bahkan kita yang akan melawan takdir pencipta... Bagaikan kita yang lebih berkuasa dari pencipta... Itu yang dapat aku rumuskan setelah menonton trailer dia...

Tak silap aku pengarah filem 2012 merupakan orang yang sama menghasilkan independence day dan the day after tomorrow... Aku pernah terbaca petikan ucapan dia semasa tayangan perdana filem The Day after tomorrow...

Aku translatekan ea... ini yang dalam ingatan aku... kalo salah, sori... " Saya menghasilkan filem yang menampakkan manusia mampu bersatu, dan saya suka itu berbanding realiti sebenar dalam hidup kita yang mana kita berpecah belah... Apa yang mampu menyatukan manusia adalah musibah" Terdetik dalam hati... betul jugak mat salleh ni cakap.. kan3...

Tengok, bagaiman dia cuba mewujudkan heroisme dalam diri dia... Dan kita terus bersetuju kerana dia telah membuktikannya melalui visualisasi dia... Aku pun turut bersetuju pada awalnya dan sekarang baru aku putuskan untuk 50 persen sahaja untuk bersetuju sebab manusia yang menyebabkan musibah... dan tuhan 'menghadiahkan' musibah tersebut atas permintaan kita melalui dari perilaku kita dari sekecil-kecil dosa sehingga ke sebesar-besar dosa yang kita lakukan... kita tak mampu melawan kuasa tuhan dan apa yang tuhan janjikan,kun faya kun ... apabila tuhan menghendaki sesuatu berlaku.. maka tuhan kata '' jadilah '' dan terjadilah perkara tersebut walaupun mustahil... bErmakna disini kuasa dan janji tuhan lagi maha berkuasa daripada seisi alam yang bersatu... Allahuakbar

Tatkala menonton trailer filem final destination 4 aku pun terfikir... ni baru betul.... Kita tak mampu lari dari maut kita... Tapi, nauzubillah ... Harap2 takdelah sampai begitu teruk kematian kita kelak... Harap kematian kita semua setenang-tenang jiwa para anbiya' dan para sahabat...
Amin
p/s: apa yang ditulis oleh penulis adalah pendapat semata-mata... mungkin pengarah filem tersebut hanya berkiblatkan hiburan semata-mata.. jadi... berhibur dengan unsur yang tak tercapai dek akal manusia menjadi subjek yang ingin disampai kan... rase2 lah...

Nak tengok 'kekeraaktifan' mereka.. dan aku terus ...decide nak tengok citer tu..
Adios...


4 mau bicara juga..:

nftwaft said...

"kekeraaktifan"??

haha... :))

jari je mari said...

kekreatifan... tu lah maksud aku... he3

nftwaft said...

aku tau kau nk tulis kekreatifan...

but somehow, the "kera" inside it still tickles...

haha... :))

jari je mari said...

he3