Aug 2, 2009

Kabir B is back

.....Dengan nama tuhan yang maha pemurah lagi maha mengasihani.....

Semalam aku dengan kawan pergi menonton filem SETEM daripada sutradara Kabir Bhatia... Filem tu memang best , memang bagus.... Skrip yang ditulis oleh bini Kabir B gak menarik.... Memang melekat ah lawak dia....

Sebelum ni kita memang tahu yang Kabir Bhatia buat filem dengan cukup teknikal... Tapi dalam filem ni ia dikurangkan..Tapi kita dihidangkan dengan scene yang menarik... Kalo lawak tu memang betul2 lawak... Scene yang paling best? Rasanya yang diorang bersepakat nak kenakan omputih tu balik kat klia. Takleh nak citer panjang... sebab korang kena layan sendiri filem ni... Percayalah, takkan ada secebis kekesalan pun.

Dalam perjalanan balik semalam , baru aku terfikir... Kabir B dengan Double M masih tak lari daripada karya filem diorang... Macam dalam Cinta dengan Sepi , kita dihidangkan dengan kisah cintan -cintun dan bertemu pada satu tempat.... samalah dengan setem, melibatkan banyak pihak dan bersatu kerana 'setem' pada satu tempat. Ya.... filem Cinta semua watak bertemu kat dalam hospital, dalam sepi semua watak dipertemukan time accident dan dalam filem Setem semua watak dipertemukan dalam stor kapal terbang.

Kalau difikirkan , filem ni memang filem Malaysia... Dengan penglibatan semua kaum ditambah dengan kehadiran pekerja asing Indonesia dan orang barat yang dari dulu lagi ada agenda sendiri terhadap negara yang kecil seperti kita.. Saya hanya bagi pendapat sayalah... Harap2 banayk lagi filem yang ditonjolkan melibatkan semua kaum selepas Talentime dengan Setem (pada sayalah)Ape2 pun kita berpeganglah pada Satu negara, Satu Malaysia...

0 mau bicara juga..: